topbella

Friday, October 23, 2009

Ibu...letakanlah pipiku ke tanah

Diceritakan oleh sebahagian orang-orang soleh, bahawasanya ada seorang perempuan tua yang mempunyai seorang anak lelaki yang lalai akan dirinya. Apabila lelaki itu hampir meninggal dunia, ia meminta kepada ibunya “Ibu, letakkanlah pipiku di tanah”

Ibunya pun menuruti permintaannya. Kemudian lelaki itu menangis dan memohon dengan sungguh-sungguh kepada Allah agar dosa-dosanya diampuni. Menjelang kematiannya, ia berkata kepada ibunya: “Demi Allah, janganlah ibu memberitahukan kematian anakmu ini pada seseorangpun, kuburkanlah anakmu ini di pinggir rumah ini, kerana selama ini anakmu ini telah menyakiti tetangga-tetangga anakmu yang masih hidup di dunia. Maka anakmu ini tidak ingin menyakiti tetangga-tetangga yang telah mati, di akhirat kelak”

Ibunya pun menunaikan permintaannya, ia menguburkan anaknya di dalam rumah. Pada suatu malam, perempuan tua itu bermimpi bahawa anak lelakinya itu berada di kebun yang indah yang di dalamnya terdapat istana-istana yang dihias indah. Dan di antara kedua mata anaknya tertulis dengan cahaya, kalimat yang bebunyi: “inilah hamba yang mengakui dosanya, ia bebas daripada neraka”Ibunya berkata “berhentilah anakku, ibumu mahu bertanya, apakah puncanya engkau berada di tempat mulia ini?”

Ia menjawab “Setelah anakmu ini wafat. Aku dihadapkan kepada Yang Maha Haq, Dia berkata kepadaku ” wahai hamba Ku, engkau dibenci dan dijauhi dengan penuh kemarahan oleh orang-orang sekelilingmu ketika hidupmu, mereka telah menutup pintu rahmat-Ku kepadamu. Seakan-akan keampunan-Ku tidak cukup bagi menebus segala dosa kesalahanmu.

Seakan-akan perbendaharaan kekuasaan-Ku memerlukan kebaikanmu. Sedangkan Aku merahmatimu kerana pengakuanmu terhadap kekuranganmu, tawaduk (rendah diri) dan permohonanmu yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keampunan-Ku. Berangkatlah menuju nikmat-Ku. Aku telah mengampunimu”. Petikan Kitab: Al-Mawa’idh wal Majalis: masa: 235 Sesungguhnya rahmat Allah itu Maha Luas, berusahalah kita mendapatkanya. insyaAllah

Ingatan dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam bukunya bertajuk “insan, ingatlah…” bunyinya lebih kurang “hidup ini umpama pengiraan matematik, kita tidak tahu apakah jawapan sebenarnya selagi kita tidak sampai ke penghujung pengiraannya”.

Bermakna: hari ini mungkin kitalah seorang yang paling wara’ dan alim, tetapi jangan sesekali megah,ujub dan takabur dengan itu semua, kerana kesudahan hidup kita belum tentu lagi bagaimana. Begitu juga jika hari ini kitalah orang yang paling berdosa, tetapi jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah, kerana rahmat Allah Maha Luas, pengampunannya melebihi segala-galanya.Wallahualam.

Wednesday, October 21, 2009

Halamatul Quran

Bisikan ketenangan menyelubungi nurani, kesyahduan ku rasakan amat bererti, acap kali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil membasahi lidah dengan kalamMu Ya Ilahi, tiada putus-putus mendampingi kitabMu, membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci. Segolongan insan yang dihormati, segolongan insan yang dipandang tinggi, inilah insan yang bergelar Hamlatul Quran, iaitu pendukung kitab suci. Hamlatul Quran itulah aku.

Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna, yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci.

Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi..“...seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui...malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yangsia-sia, dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia...”

Aku merenung sejenak, Hamlatul Quran...begitukah aku?

Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku, betapa Hamlatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan..Baru ku sedar, Hamlatul Quran..kau luar biasa!

Tatkala ku imbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti orang-orang kebanyakan, sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini..

Namun... Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, menjadi salah seorang insan pilihanMu, di dalam dunia Hamlatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti.. ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidik ku mengenali kehidupan insani.

Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau..!

Sahabat-sahabat Al-Quran, sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi? Ataukah manusia yang yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai? Pernahkah kau rasakanAl-Quran itu teman sejati? Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Quran?

Sahabatku... ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran, ukhwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran, dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah aku seorang Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi. agar kehadiranku di dunia ini dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati. Lantas itu, ku pinta padaMu Ilahi, agar saat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku.

Ketahuilah Olehmu Wahai Muslimat

Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

"Dan akhirnya. Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada."

Buat Insan Bergelar Bakal Zaudj

Wahai bakal zaujd ku, Ingin aku bertanya perihal dirimu,
Bagaimanakah keadaan iman dan amal solehmu tika ini?,
Sudahkah engkau sujud menyembah ilahi?
Adakah engkau telah memberi makanan buat jiwa dan hatimu?

Wahai mujahid,
Selepas aku melihat engkau di balik hijab istikarahku,
Aku sungguh gembira dan tak henti-henti mengucap syukur,
Gembira kerana aku bakal memiliki rijal yang hebat,
Tapi aku juga takut…..
Takut kau alpa dan leka dalam dunia yang fana…..
Takut kau tergoda dengan nikmat yang sementara.

Aku bukan wanita bercita rasa tinggi,
Bukan ingin dimanjakan dengan wang berjuta,
Bukan ingin tubuh disaluti sutera dan permata,
Kerana ianya tiada nilai di sisi khaliq yang maha Esa,
Hanya iman dan taqwa yang akan dilihatNya.

Sebelum kau menyambut akad dari walid kesayanganku,
Aku ingin kau berjanji,
Berjanji yang kau akan menjadikan wanita yang paling bahagia,
Berjanji denganku yang aku akan dijadikan pembantu di sayap kiri perjuanganmu,
Berjanji bahawa kau mengejut aku di malam hari untuk tahajud dan mendamba cinta pada Allah, Berjanji bahawa kau akan menghidupkan sunnah habibullah di teratak kita,

Wahai kekasih Allah,

Aku bersedia menjadi zaudjah mu,
Kerana aku tahu kau adalah pilihan Allah buatku,
Aku tak lupa akan janji kita di luh mahfuz sana,
Tapi jika Allah takdirkan kita tidak berjodoh di sini,
Barangkali kita akan bertemu di kerajaan akhirat nanti,
Usah khuathir akan diriku,
Letakkan aku dalam jagaan Ar-Rahman,
Percayalah bila tiba waktu dan masanya, Kita pasti akan bersatu jua…..
Amin Ya Allah

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....