SIRAMILAH TAMAN HATI YANG GERSANG…….
buat diriku yang sering lupa!
Diriku, dalam rancak kau menyirami taman hati insan lain,
kau terlupa membaja taman hatimu sendiri agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah, tersentuh dengan daulatNya,
merasa terpikul amanah ad-deen ini... bukan kerana kau berjamaah,
namun kerana engkau dibawah perintahNya.
Diriku, seringkah kau mencari jalan agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
agar sentiasa sedar akan keagunganNya,
insafi kekerdilan,kelemahan, kealpaan dan kesilapan dirimu....?
Ketahuilah diriku, hatimu itu keras,khusyu'mu kurang syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya terlalu banyak kurang dan salahmu...
Diriku, tunaikanlah solatmu dalam khusyu'dan tenang muhasabahlah dirimu kala sunyi, selamilah kalam2 Al- Quran yang kau perjuangkan padanya ada bekalan
untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini Diriku,
pada nawafil dan amalan sunat ada jalan yang hampir
untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu pada qiamullail di keheningan malam
bersama bisikan doa dan munajatmu,
diiring esak airmata keinsafan dan keihklasanmu,
kau akan temui kemanisan taqarrub dibawah duli kebesarannNya disitu ada bekalnya... lazimilah awal harimu dengan ma'thurat,
pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.
Diriku, pada tawadhu', pada ukhuwahfillah,pada infaq fi sabilillah,
pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat, ada ketenangan dan kekuatanmu.
Diriku, ketahuilah hanya hati yang hidup sahaja yang bisa menberikan nafas kepada hati yang mati..
hati yang turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati...
Diriku, amanahlah kau dihadapan manusia kerana kedaulatan Tuhanmu... namun rasailah kekerdilan dirimu dihadapan qudrat dan IradatNya……..
Friday, December 4, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)