topbella

Friday, October 29, 2010

Study Group vs Main Masak-Masak

Imtihan oh Imtihan

Bila mengingatkan saat menjelang peperiksaan akhir.. tiba-tiba hati digamit rasa rindu akan suasana belajar di asrama. Pelbagai karenah pelajar boleh di lihat bila tibanya musim peperiksaan. Ada menyanyi, ada menangis sebab "tension" ada yg masih sempat bergurau senda dan pelbagai.. ( ana plak??? rahsia....)

Kalau di kolej biasa bangun subuh then terus mula aktiviti mengkhatam buku sampai rasa macam dah hafal satu buku... (konon je, nak tunjuk study hard but bukan smart)

Menjelang imtihan akhir ni, turut mengundang rindu yang amat sangat terhadap roomate ana. Arina,Mira dan Samsiah, teman bilik yang tak pernah renggang sejak semester pertama. 3 tahun mengadap muka mereka je dalam bilik... ( kalian teman sejatiku... puitis la plak. hehehe)

................................................................................

Bila hadir bulan peperiksaan turut mengingatkan ana akan kemesraan ana berbalas SMS dengan kekasih ana yang telah pergi di jemput Allah. Allahyarham Awang Mohammad ( ni ayah ana). Ayah ana ni tegas orangnya, walau ana satu2nya puteri tunggal dlm keluarga tapi didikan ayah sama seperti didikan yg diberi utk abang2 ana. Jadilah anasiapa sekarang... sayang ayah..  rindu sangat2.

Ayah  ana, kurang bicara orgnya, tapi ayah suka berSMS dengan ana. Macam je akan dia tanya dan nasihatkan. Bila call, xsampi 5 minit pun  borak... tu la uniknya ayah ana. Bila SMS, berjela panjangnya. Rindunya suasana tu.... Ayah... Al-Fatihah.

..................................................................................

Sekarang, semuanya tinggal kenangan.

Gelinya rasa hati bila mengingatkan suasana belajar di rumah baru2 ni. Saja la invite kawan2 bertandang ke rumah atas alasan nak ajak study sama-sama... Bila da kumpul acara study bertukar menjadi aca masak-masak plak....

Dek terbiasa melihat mamak kat bawah rumah ana masah, tetiba terlintas di fikiran nak cuba buat nasi briyani. Kawan2 apa lagi, bukan main cucuk ana suruh masak... ( belajar sikit tapi ngada ngadu kata lapar. bajet nak makan free la tu... ehehehe)

Maka tercetusnya menu tengahari makan Spaghetti dengan sardin roll... malam plak dengan Nasi briyani berlaukan ayam goreng n sambal ikan bilis... (out sikit sebab, ade ke patut makan dgn sambal ikan bilis, papadom nya mana???? alah, senyap2 udah.. makan je la... ehehehe)

Azi : Chef, lepas ni ana xyah g piza hut, mai umah ang makan spaghetti la. Secukup rasa
Mira : Sori chef, hr tu kata ana xsuka makan nasi briyani, tapi mlm ni jatuh cinta plak.
Siti : kalau boleh, hari2 ct nak makan kat umah chef

Kesimpulannya... ana tak pakar memasak tapi cukup sifat sebagai wanita yg mesti tahu memasak.

...................................................................................

Kita berehat sebentar dengan iklan PEPERIKSAAN.
Belajar jangan tak belajar puteriku sayang DAYANG SITI NAQUIAH

Segala puji bagi-Mu Tuhan.

Lantaran telah menjadikan aku seorang
wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami...
seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati

Maka kurniakanlah daku sekeping hati
yang sentiasa Insaf

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

Muslimah... Mampukah kita menjadi madu kepada perjuangan? sekadar ingin men'generate' minda untuk berfungsi, menggerakkan sel-sel neuron di dalam otak agar terus aktif. madu itu pahit, tapi kalau ianya bermadukan perjuangan, manisnya subhanallah.. mungkin bicara lagi mudah dari melaksanakan..tapi hakikat, perjuangan tetap berlaku rela atau tidak.. maka, ubahlah pendirian..marilah menjadi mujahidah mengejar syahid. mungkin kita tidak mampu mengangkat senjata membidik penjenayah agama. Tapi kita mampu untuk melahirkan mujahid2 dan mujahidah agama.. Baitul muslim yang dibina bukan sekadar penyatuan dua insan, tetapi Baitul Jihad! Membentuk ummah yang akan datang yang matlamatnya memperjuangkan Islam.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah?

Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang.. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak.

Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa.. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa.. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.
Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
***************
Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah PERJUANGAN ISLAM!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu MEMPERJUANGKAN ISLAM bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu PERJUANGAN ISLAM!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA.

Dia mencintaimu kerana dirimu MENCINTAI ISLAM dan MEMPERJUANGKAN ISLAM. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…
Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan PERJUANGAN ISLAM ke serata dunia!!Takbir !!! ALLAHU AKBAR!

~ AKU MAHU, AKU RELA JADI ISTERI KEDUA..KORBANKANLAH KEPENTINGAN DIRI, DEMI KEPENTINGAN AGAMA..STRIVE FOR MARDHATILLAH!!!

baitulmuslim.com

Thursday, October 28, 2010

Muslimin Dan Muslimat yang TAK BERTEPIAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

sahabat marilah kita bersama2 menjamukan pada hati dengan makanan yg baik
maka terimalah santapan makanan hati dr ana buat anda semua sahabat yg Di kasihi sekalian.
astaghrfirullah al azim
subhanaAllah
Allahu Akhbar

Bacalah dengan hati..................

Muslimin A: Kenapa kawan enti tu garang sangat? Kalau cakap tu tegas semacam je..kalau cakap dengan ana, bukan nak tengok muka..dahla kerja sama-sama untuk program ni..Dia tak suka ana ke?
Muslimat B: Habis tu enta nak macam mana?
Muslimin A : Cuba lah lembut-lembut sikit.. dia kan perempuan?

Pemerhati dari jauh : (oouh? lembutkan suarakah maksudmu? manjakan lirikan kah maksudmu? Bukankah itu menggadaikan keizzahan seorang muslimah? atau aku yang tidak faham apa kehendak sebenarmu? atau aku yang bersangka buruk?)

Maruah seseorang adalah bergantung kepada dirinya sendiri. Dengan penuh sedar, saya ingin menegaskan bahawa saya bukanlah manusia terbaik untuk dijadikan contoh dalam hal ini, apatah lagi untuk mengatakan bahawa saya tidak terjebak dengan sebarang kesilapan ketika berbicara.

Namun, bila baru masanya akan datang manusia yang
serba sempurna yang dinobatkan layak berbicara tentang adab?
Berbicara di sini saya fokuskan kepada adab berbicara
antara ikhwah dan akhawat. Allah SWT menegaskan adab
berbicara khususnya bagi golongan muslimat
apabila berkomunikasi dengan lelaki yang bukan mahram :

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti
mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa.
Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja
(semasa bercakap dengan lelaki asing)
kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan
orang yang ada penyakit dalam hatinya
(menaruh tujuan buruk kepada kamu),
dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik
(sesuai dan sopan)..." (Al-Ahzab : 32)

Ibnu Kathir Rahimahullah di dalam Tafsir Quranul
`Azim semasa menafsirkan ayat di atas menyebut
bahawa perintah tersebut tidaklah hanya terbatas kepada
isteri-isteri nabi bahkan kepada semua wanita- wanita muslimah.
Apa yang dimaksudkan dengan lembut manja itu
ialah sengaja melembutkan suara apabila bercakap
dengan lelaki yang bukan mahram.
Termasuk juga di dalam perintah ini ialah para lelaki
semasa berbicara dengan wanita-wanita yang bukan mahram.

Manakala Al- Qurtuby pula berpendapat percakapan yang
dimaksudkan ialah percakapan yang hanya meliputi
perkara-perkara yang perlu sahaja dengan suara yang
tidak sengaja dilembut-lembutkan. Berdasarkan kepada ayat ini,
kita sepatutnya boleh melakukan satu muhasabah yang terbaik.
Sudah sering kali kita laungkan untuk membina atau
sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang kita namakan
sebagai 'biah solehah' , namun semakin hari rasanya impian itu
semakin terhakis apabila melihat adab berbicara dan
berkomunikasi antara ikhwah dan akhawat yang semakin tidak terjaga.

Kenapa ini harus berlaku apabila kita suburkan cita-cita murni untuk melahirkan generasi pejuang ?
Realiti kita hari ini menyatakan kepada kita bahawa semakin ramai yang berani 'memperkosa' suasana murni
yang ingin kita wujudkan. Maaf seandainya perkataan kurang elok terpaksa digunakan namun itulah hakikatnya.

Di hati ini, hanya tuhan yang tahu (maaf Unic, senikatamu kupinjam tanpa kebenaran) pedihnya hati ini bila melihat siswa dan siswi berbicara antara satu sama lain dengan jarak yang mampu diukur oleh pembaris 30 cm, diselangi dengan hilai tawa dan suara lemak manja persis suasana di sekolah menengah.
Mana lagi maruah sebagai pejuang Islam ?

Saya ingin bertanya kepada siswa yang terlalu enak
berbicara dengan siswi bersama lagak yang
kurang menyenangkan itu, tidak malukah anda
meruntuhkan kredibiliti anda sebagai bakal pemimpin?
Tidak malukah anda memperlihatkan kepada orang lain
betapa besarnya keruntuhan moral yang ada di dalam
jiwa anda? Tidak malukah anda menzahirkan betapa anda
tidak layak untuk digelar sebagai pejuang Islam?

Pejuangkah anda yang sudah tunduk dengan kelunakan suara seorang wanita ?!!

Kepada siswi, tentu sekali kita ingin bertanya, tidak aibkah
anda mendedahkan kelunakkan suara yang begitu
lemak manja yang pastinya hanya layak untuk
seseorang di malam yang pertama?
Realitinya, ramai di kalangan anda yang memakai
jubah luaran namun tidak 'menjubahkan' hati dan peribadi.
Tahukah anda, ramai lelaki yang runtuh hatinya
semata-mata kerana kelunakkan suaramu?
Tidak sedarkah anda, dengan melunakkan suara selembut
yang mungkin bila berbicara, anda sebenarnya
sudah merosakkan 'dara' suaramu..?
Masih tidak tahukah anda bahawa walau senakal manapun
seorang lelaki beriman yang normal, dia tetap akan mencari
isteri solehah yang terbaik menjadi suri hidupnya..?

Namun, solehahkah ketawa terkekek-kekek di tengah khalayak ketika berbicara dengan lelaki bukan mahram?
Anda bangga dengan perbuatan itu?

Terpulang !!

Kita tidak mahu siswa-siswi menjaga adab pergaulan
hanya kerana malu kepada mata-mata yang memandang.
Apa yang kita mahukan ialah generasi pemuda-pemudi
yang hanya takutkan Allah. Kita tidak suka munculnya generasi
yang penuh dengan sikap kepura-puraan,
tunduk menikus hanya kerana malu menghadapi kata-kata orang lain,
namun di celah-celah yang tersembunyi,
kita benarkan diri kita merobohkan pagar IMAN !

Tanyalah diri sendiri, layakkah aku digelar pejuang ?!
Dalam kelemahan diri yang begitu banyak, kita lantas
melabelkan diri kita sebagai pendokong kebangkitan Islam,
tidak malukah kita?!! Kita akan mendapat jawapannya seandainya
kita ikhlas dalam memberikan jawapan. Sudah ramai di luar sana
yang rebah kerana tidak mampu bertahan dengan ujian
di zaman remaja. Lalu, masihkah ingin kita memilih
untuk turut menjadi mereka ?

Sepatutnya kita sudah cukup untuk menangis dengan kemunculan generasi remaja yang sudah lupakan Tuhannya, lalu kita bangkit sebagai generasi qudwah yang akan mengungguli contoh yang terbaik.

Sayang, dalam keadaan kampus kita seperti hari ini,
secara ikhlas ingin saya nyatakan,
kita mungkin hanya akan mengulangi sejarah kegagalan generasi yang terdahulu.
Di peringkat umur sebegini, tentulah kita tidak mahu
siswa-siswi perlu 'dimarahi' terlebih dahulu untuk melazimkan
mereka dengan adab pergaulan. Lebih berkesan seandainya
masing-masing menyedari tanggungjawab dan
batasan pergaulan khususnya golongan yang
sepatutnya menjadi contoh (tentunya pimpinan dan senior).

Mungkin ramai yang menganggap ia sebagai isu yang
remeh temeh di tengah- tengah cabaran globalisasi menuntut
kita berfikiran terbuka, namun bagi saya, ia tetap isu yang
besar di dalam menjana pertumbuhan generasi qudwah.
Sekali lagi, sebelum mengakhiri tulisan ini, penulis rencana
ini bukanlah seorang contoh yang terbaik, malah mungkin
kadang-kadang turut rebah di tengah-tengah kehebatan
prinsip dan idealisme.
Namun,kalau tidak sekarang kita menegur, bila lagi?
Dan kalau tidak kita,siapa lagi ?!!

" Untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah,
semakin mustajab doanya, bukan perjuangan tanpa kesulitan,
tapi dalam kesulitan ada ketenangan, memugar kekuatan..
kita tidak sendirian.." "

Daerah kita bukan daerah cinta, bukan masanya merajuk, kasih memujuk, tiada senda gurau memanjang, kerana kita dalam berjuang..."

Moga Allah beri kita bantuan untuk bermujahadah, memperelokkan akhlak dan ketaqwaan kita, kerna kita semua barisan mujahid dan mujahidah Islami.. Moga Allah beri sokongan dan kemudahan untuk kita gilap kembali permata yang sekian lama bersalut lumpur.. yang kian lama terbenam di ceruk rumpaian-rumpaian yang telah mati….

Sunday, October 24, 2010

Tinggal Kenangan

Bismillahirahmanirahim
11:34pm

Dengan selawat ke ats junjungan nabi dan istighfar sebanyak mungkin hingga meresap ketenangan disegenap inci nadiku yg bdetik, baru ku mulakan rutin harianku pengembara ilmu dibumi Allah swt.
Alhamdulillah mampu menghirup udara di setiap helaan nafasku.

Pejam celik-pejan celik, kurang sebulan ana akan mengakhiri kuliah ana di kampus Kota Samarahan yang menaburkan pelbagai rentetan kisah suka duka. Akan ana rindui saat jatuh bangun sebagai mahasiswa. Sekilas teringat drama di dalam kelas ana bulan lalu.... merekalah adik2 ku yang sentiasa mencuit rasa. Tapi entah kenapa, 3 tahun bersama, mulutku terasa masih berat untuk mula bicara. (mungkin ana lebih suka mendengar dar berbicara agaknya. hehehehe)

AMD6P3
CURRENT AFFAIRS SOUTHEAST OF ASIA

pagi2 kesemua adik2 ksayanganku keriangan mdapat sdikit pemberian dariku sebagai alas perut bg yg xsempat bsarapan.

"kak dyg best la kalau hari2 gini dengan akak"
"xpe, akak buat sikit je, ada lebih.. akak xpenah lupa kat adik2 akak....harap sudila mjamahnya ye"
"kak dyg xsihat lagi ke...?"
"ha'ah.. belum sihat sepenuhnya lagi"
"lamanya akak demam, kesiannya "
"xpe, demam sikit je, xda apa. insyAllah"'
"akak ni macam matang semacam la, macam org dah berumatangga.. akak dah kawin ye"
"subhanaAllah, kawin? ish xde la.. xde yg nak kat akak pun, siapalah akak"
" kak dyg, saya xda abg... kalau ada...."
"eh, mengarut la pagi2 nie.. dah baca doa sebelum mula buat kerja tu... ambil berkat sikit, walau isnin pagi nie payah nak dapat mood"

semuanya hanya mampu tersenyum memandang satu sama lain......

..................................................................................

"dayang, kenapa pucat je, lemah xbermaya hari nie"
"maaf puan, sy xsihat hari nie"
"eh bukan hari tu, awak xsihat, sekarang demam lagi ke"
"ye puan, masuk 2 minggu dah nie"
"ish, kerap awak demam nie, awak ada sakit ape2 sampai system immune lemah, tu yg asyik demam je"
"insyaAllah, xde la puan. demam2 biasa je..cuaca agaknya"
"iye sy tau, tp klau dah kerap bahaya jugak nie... kalau xok boleh balik, sy faham"
"eh xpe puan, sikit je. Sy ok, larat lg"

....................................................................................

Thanks buat adik2 AMD6P3
Thanks buat Puan Fadhleen
n infiniti terima kasih buat semua atas kesudian bersama2 ana dalam susah atau senang. Moga Allah membalasnya....

Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri............

Ya Allah, terima kasih atas nikmat ukhwah yg Kau kurniakan.. tak terbalas oleh kudrat kecilku sebagai hamba kerdilMU atas segala nikmat dan rahmat. Alhamdulillah.

Diriku,
dalam rancak kau menyirami taman hati insan lain,
kau terlupa membaja taman hatimu sendiri
agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
tersentuh dengan daulatNya,
merasa terpikul amanah ad-deen ini...
bukan kerana kau berjamaah,
namun kerana engkau dibawah perintahNya

Diriku,
ketahuilah hanya hati yang hidup sahaja
yang bisa menberikan nafas kepada hati yang mati..
hati yang turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan
hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati...

Diriku,
amanahlah kau dihadapan manusia
kerana kedaulatan Tuhanmu...
namun rasailah kekerdilan dirimu
dihadapan qudrat dan IradatNya……..
SubhanaAllah
AllahuAkhbar
Alhamdulillah

Amukan Hati... Maka Istighfarlah Hati

Bismillahirahmanirahim......
Puji-pujian buatMu Tuhan Lantaran telah menjadikan
aku seorang perempuan. Diciptakan dari tulang rusuk
kiri Adam dengan seindah kejadian. Akulah si tulang
bengkok Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan
mengatasi panjangnya akal fikiran Sebagai fitrah dan
anugerah hasil doa seorang lelaki namun biarlah
kejadianku memberi guna Bengkok yang ada manfaatnya...

Wahai dinding putih yg bersih
biarlah aku menulis dengan sepenuh perasaan tanpa ragu-ragu
biarlah aku menulis tanpa sedikit pun kekesalan dalam diri ini
biarlah aku menulis bersama duniaku yang dipenuhi dengan bermacam-macam imaginasi
biarlah aku menulis dengan airmata yang mengalir kerana sedih, gembira
kerana aku hanyalah manusia lemah yang selalu melakukan dosa
kerana aku jugalah manusia lemah yang selalu melupakan DIA

Duhai hati bersabarlah atas apa yang terjadi
Ku tahu hati....
kau telah terlalu sabar dengan keadaan yg menguji
Tanpa rasa amarah kau rela hati dilingkari dengan duri yg menusuk segenap ruang hatimu
Kau tahu, kau benarkan, kau nilai, kau lihat, kau pendam, kau rahsiakan
biar hatimu terlalu sakit.
Demi kasih sesama manusia, kau izinkan dr sekeping hingga berkeping hatimu di toreh oleh
manusia yang tak kenal akan luhurnya budimu.
SubhanaAllah.......

Hati, kenapa mulusnya hatimu
Kau pernah marah hati?
Kau pernah berkecil hati?
Kau pernah berjauh hati?
atau terasa hati?
Ku harap hati tak mati

Dunia.....
jika aku berdosa dan salah sebagai khalifah Allah
Cukuplah kau mneghukum aku seorang
Tapi dunia
usah kau permainkan dengan sandiwaramu
lakonan terbaik dunia mu
janji manis lahir dr bsikan syaitan yg mjentik hatimu
Usah kau perolokan untuk memenuhi serakahmu...

Ingat dunia
Allah telah memberi ruang dan peluang untukmu
muhasabah, mentarbiyah dan mewarnai duniamu dengan penuh Zat -NYA
Mana istiqomah-MU.... SubhanaAllah.....
Jangan meniti di bibirmu wahai dunia
Jangan kan panculkan dr suara mu Kalimah Allah
jika kau tak mbuktikannya, tiada usaha untuk kau mngubahnya
Maka beringatlah... Azabnya terlalu pedih untuk kau tanggung
Porak peranda dan kucar kacirlah dunia hatimu kelak... percayalah...

Ya Allah, sungguh hatiku benar2 terluka dengan sandiwara ini.
Ya Allah, bilamana manusia di uji, tidak sedarkah dia bahawa rahmat-MU terlalu dekat dengannya.
Tapi kenapa Ya Allah, semakin di uji, semakin manusia itu lupa akan kebesaran-MU
Taubatnya sekali, dosa di ulangi berkali-kali.....

Ya Rabb, aku terlalu takut.
Takut bila manusia sering menggunakan nama... Nama yang Agung " Allah swt"
untuk memancing umpan,menjerat mangsa meraih perhatian....
Itulah sebenar2nya manusia bertopengkan laknatullah.... astaghfirullah al azim

ukhti, ukhtifillah, muslimah, hafizah, alimah.....
usah biar diri dan hati dipersenda
berhati-hatilah dengan rijal,ikhwan, hafiz, alim
berhati-hati dengan "ukhwah fillah"
Usah rendahkan maruah dirimu yang sememangnya telah rendah dek amukan dunia yang" mengGila"

Ampunkan wahai YA RAHMAN YA RAHIM
ampunkan aku, dia atau mereka yang terlalu leka dengan duniawi
ampunkan sesiapa yang selalu lupakan-MU
ampunkan aku yang sentiasa tertipu dengan helah-helah mereka yang juga leka.

ampunkan dosa-dosa kedua ibubapaku
mereka terlalu baik untuk ku, mereka terlalu sempurna untukku
maafkan aku kerana tidak menghargai mereka

maafkan jika telah membuat mereka menitiskan air mata kerana kejahatan anaknya.
ampunkan dosa-dosa umat ISLAM , YA ALLAH
ampunkan mereka kerana mereka tidak sedar yang mereka masih ada ALLAH dan TUHAN
yang selalu membuka pintu taubat untuk mereka
ampunkan mereka YA ALLAH
ampunkan aku kerana telah mencintai seseorang lebih dari KAU
ampunkan segala dosa-dosaku YA ALLAH

Di Sebalik Kabus

Umaira tahu.  Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya.  Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam.  Allah tahu.  Allah maha tahu.  Adam tidak betah keseorangan.  Lalu terciptalah Hawa.  Hawalah penyeri.  Hawalah penghibur.  Hawa jua racun berbisa.  Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa.  Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa.  Lantas dicampakkan ke dunia.  Dunia yang penuh kekejaman.  Penuh noda.  Penuh sengsara.  Itulah wanita.  Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya.  Adam jatuh kerana Siti Hawa.  Habil, dan Qabil berbunuhan kerana  hawa.  Bill Clinton  menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa.  Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.

Umaira mengenali Nazri sejak berada di kampus.  Tidak siapa mengenali lelaki itu melainkan dirinya.  Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi.  Ya...Nazri memiliki peribadi yang boleh dibanggakan.  Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis.  Rambutnya lurus, setiap kali berbicara suka meletakkan tapak tangannya di dada tanda kerendahan hati.  Mukanya bersih disinari cahaya.  Bibirnya merah, sebagai tanda  tidak merokok.  Nazri  pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro...  Tetapi, bukan itu alasannya.  Bukan itu puncanya.  Ilmu...  Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya dan jua kematangan diri sebagai lelaki terserlah. 

Rasulullah pernah bersabda, " Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu.  Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu.  Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu."

Namun, tak semua apa kita hajati akan tercapai… semuanya hanya bersifat sementara
………………………………………………………………………………..
Mac 2009
“mai… jum kita keluar pagi.. dah lama rasanya kita tak keluar ke Bandar….” Sahabatku ein menyapa.
Akhirnya setelah puas dipujuk,aku mengalah jua. Setelah penat berjalan, aku terduduk tersadai berhampiran tembok di dalam sebuah pusat membeli belah sementara menanti sahabatku yang lain masih bersemangat mencuci mata di dalam pusat membeli belah. Dalam liar mataku memerhati gelagat manusia, lamunan ku terjaga dek sapaaan seorang jejaka.
Bersahaja, berseluar jeans lusuh… ber T-shirt polo warna violet dan berkasut hush puppies. Wajahnya tenang, bersih dan ada kedamaian menatap wajahnya.
“Boleh saya duduk di sini…..” sapanya sebagai mukadimah bicara. Aku Cuma mengangguk dan senyum tanda membenarkan. Aku terus melilaukan mata melihat persekitaran. Ish, mana agaknya mereka ni pergi. Jenuh aku menunggu. Rungutku dalam hati.
“Lamanya cik duduk di sini.. cik tunggu siapa dan buat apa…”
“hm, takde ape. Tengah tunggu kawan…..”
Aku terus membisu. Eh.. mamat ni berani pula menegur aku, entah-entah ada muslihat nak pancing aku. Tanpa sebarang permintaan, dia mula bersuara memperkenalkan dirinya. NAZRI… Ya Nazri itulah namanya. Hampir setengah jam berbual kosong, ada sesuatu yang aku sendiri tak pasti yang begitu istimewa tentang dirinya. Nazri.. akan adakah pertemuan kali kedua setelah perpisahan hari ini ???
…………………………………………………………………………………………
Mei 2009
“Umaira, Nazri dah kat aiport ni.. Nazri harap bila nazri dah takde di sini, Umaira jaga diri baik-baik ye, jangan lupa solat, jadi anak yang solehan buat Ibu, dan yang penting, Nazri harap Umaira dapat habiskan peperiksaan akhir ini dengan jayanya. Buat seketika lupakan Nazri, utamakan pelajaran. Nazri sentiasa doakan Umaira. Muslimah Umaira tetap di hati Nazri selagi hayat dikandung badan. Jujurnya Nazri amat menyayangi Umaira………..”
Begitulah antara bait-bait akhir yang di ucapnya. Tamat perbualan aku terus menghempaskan telefon bimbit. Aku meraung dalam esak tangisan yang meruntun jiwa. Nazri, Umaira sayangkan Nazri jua.
………………………………………………………………………………………………
Walau berjauhan… tak pernah memadamkan ingatanku terhadap Nazri. Satu-satunya lelaki yang telah Berjaya mencuri hatiku. Di kampus aku sering dikatakan sombong dan jarang bergaul meski bersama kaum hawa sekalipun, aku lebih senang memilih jalan untuk keseorangan.
Adakalanya, bila berkesempatan Nazri pasti akan menelefonku, bertanya khabar, berkongsi cerita suka dan duka, gelak dan memenangis bersama walau hanya melalui perbualan di telefon. Itulah keunikan kasih yang tersemai antara aku dan dia. Nasihatnya menjadi pembakar semangatku meneruskan hari-hariku.
Setelah tiga bulan terpisah, Nazri mengkhabarkan padaku yang bisa membuat hatiku berlagu riang.
“Umaira… minggu depan Nazri akan terbang ke Sarawak. InsyaAllah, nazri akan shut-down kat sana tiga hari. Nazri tak sabar nak jumpa Umaira…..”itulah ungkapan ceria yang dikhabarkan oleh Nazri.
Setiap hari aku menghitung hari menanti kedatangannya…. Seawal jam 8.30 pagi, aku mendapat pesanan ringkas darinya…
“Mai, Nazri dah sampai. Petang nanti, kita jumpa ye. Nazri kena siapkan kerja dulu pagi ni. Habis kerja, Nazri jumpa Mai…”
…………………………………………………………………………………………………………
Aku menghabiskan masa bersama Nazri, Alhamdulillah kebetulan jadual kuliahku kosong. Seperti janjinya, Nazri datang menjemputku. Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya hatiku melihat dirinya menyambutku dengan salam dan senyum yang tak pernah pudar dari bibirnya. Tiga hari bersamanya cukup membahagiakan, melayan karenah kelakarnya cukup menghiburkan..
Namun masanya telah tiba….
Saat di dalam kelas menghadiri kuliah, aku Cuma berbalas mesej dengan Nazri. Hatiku digigit pilu mengenangkan sekali lagi aku terpaksa melalui perpisahan dengannya seperti apa yg aku rasa tiga bulan lepas. Antara mesej terakhirnya yang menjadi pengubat rindu….
………………………………………………………………………………………..
“Maira, Nazri hrp mai jaga diri baik2 disana tau. Nazri akan sentiasa merindui mai selagi jasad dikandung badan. Nazri gmbra ngan khadiran Mai dlm hidup ini. Masa yg dberi memang xmcukupi buat Nazri bsama Mai. Love u sayang”
“Sayangku Umaira, apakah yg mnyebabkan Mai amt menyayangi Nazri?”
“Sayang..Nazri sedih nak tinggalkan bumi cinta Sarawak ni tau. Coz dcni Nazri ada org yg Nazri sygi. Kalau bleh nak je Nazri absent flight teghari nanti…”
“Skrg pun Nazri nak mngalir airmata bila dgr Mai ckp mcm2… Nazri xmampu nak tahan dugaan nie. Mai da free? Bleh Nazri tel x?”
“Kejap lg Nazri tel, nak p kat Kapal. Lov u”
Sebelum berangkat Nazri mengubungiku, katanya dia sudah di dalam pesawat, aku tak mampu menahan airmata. Tumpah dan terus berlinangan. Nazri Cuba meyakinkan aku bahawa nanti dia pasti akan kembali menemui aku. Tapi…. Bila???? Kami sendiri tiada jawapan yang pasti.
“Sayang… dok kat luar tengok kapal Nazri. Nazri nak fly p Subang. Klu ada umr pjg. InsyaAllah kt pasti akn bjumpa lg. Nazri doakan, Mai gmbira selalu. Jangan lupa tgok kapal Nazri tau, kalau tgok nanti mesej Nazri ye…”
Seperti yang di suruh aku menanti di anjung dewan kuliah. Sekali lagi airmataku tumpah melihat pesawat yang diterbangkannya meninggalkan aku bersendirian, sepi, kosong. Aku menatap pesawat tersebut hingga lenyap dari pandangan… jauh dan semakin jauh meninggalkan aku.
…………………………………………………………………………….
Nazri itulah orangnya. Seorang juruterbang berkelahiran Johor Bharu. Dia tak pernah bangga dengan kerjayanya, sangat prihatin mengambil berat, mudah sensitif tapi berjiwa kental. Tabah dan kuat semangat. Tak pernah merungut setiap apa yang datang menduga. Banyak rahsia antara kami dikongsikan bersama. Menangis dan gelak bersama menjadi rutin kami bila berkesempatan. Itu yg susah aku temui dalam diri mana-mana lelaki.
“AKU CINTA KAMU NAZRI…..” teriakku di pantai
Pagi ini, aku ke pantai untuk melepaskan keletihan. Aku mencintainya, ya aku mencintainya. AKU MENCINTAINYA!! Setiap orang yang aku cintai, pasti akan pergi meninggalkanku. Mencipta luka di hatiku. Aku tidak layak untuk mencintai dan dicintai. Semuanya menyakitkan
………………………………………………………………………………
“Ya Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Penyayang. Engkau memiliki segalanya yang tidak aku miliki. Engkau mengetahui segalanya yang tidak aku ketahui. Engkau menciptakan segalanya yang tidak mampu aku ciptakan. Engkau mengubati dan aku hanyalah perantara-Mu untuk yang sakit. Ya Allah, aku takut cintaku ini akan terjun ke jurang cinta yang sia-sia dan tidak mendapat redha-MU. Aku takut cintaku terhadap Nazri akan melebihi cintaku kepada-MU. Ya Allah, berikan petunjukMU bahawa yang hak itu hak dan yang batil itu batil. Ya Allah, jika Nazri terbaik untukku maka dekatkanlah dan jika Nazri buruk untukku maka jauhkanlah. Begitu jua jika aku baik untuknya maka dekatkanlah, dan jika aku buruk dan tak sesuai untuknya maka jauhkanlah aku sejauh-jauhnya dari dia agar tidak timbul lagi perasaan cintaku kepada dirinya. Ya Allah, Engkau tahu atas segalanya dan berikan aku jalan yang terbaik. Amin ya Rabbal’alamin..”
Dulu seusai solat, butiran doa ini sering aku panjatkan. Namun segalanya musnah. Nazri pergi meninggalkanku. Tinggallah aku bersama kenangan yang pernah tercipta antara kami. Sepi hidupku sering ditemani bayangan dirinya. Hiduplah aku di jalan cinta luka…
“Ya Allah, Yang Maha Mengetahui segalanya. Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya Allah, sungguh aku mencintai-MU, mencintai semua makhlukMU, dan menyayangi serta menjaga agama-Mu. Ya Allah, Engkau juga mengetahui apa yang terjadi pada diri dan perasaan hamba-hamba-MU saat ini. Aku bimbang Ya Allah. Aku bimbang tentang ingatan ku yang sukar lenyap dari mengingati Nazri, meski dia jauh meninggalkanku. Aku takut ingatanku kepada-MU dikalahkan dengan ingatanku kepadanya. Astaghfirullah. Cintaku pada Nazri telah musnah, jadikanlah kemusnahan cintaku pada Nazri membuatkan aku menjadi bertambah mencintai-MU. Aku takut jika aku jatuh cinta lagi kepada makhluk-MU, akan membuat cintaku berbelah bagi. Ya Allah berikanlah aku petunjuk-MU. Amin Ya Rabbal’alamin…”
……………………………………………………………………………………………….
“Saya terima nikahnya Umaira Aqilah binti Ahmad Hanafi dengan mas kahwinnya RM80 tunai.”
Kata-kata itu terluah bagaikan mimpi. Aku masih merasakan gema suara itu bukan hanya di penjuru ruang yang dipenuhi para tamu, tetapi juga di telinga dan hatiku. Tetamu yang hadir bertasbih, kebanyakan mereka adalah keluarga terdekat dan jauhku.
Aku menatap wajah suamiku, jantungku berdegup kencang. Semua kebahgiaan di sepanjang hari ini terasa bagaikan mimpi.
“Apa yang akan kita lakukan malam ini zaujati?” bibirnya merah melakarkan senyuman. Wajahnya tersipu, mungkin kerana agak gugup.
“Abang rasa apa?”
“Abang rasa, kita seharusnya melakukan apa yang biasa oleh para pengantin pada malam pertama mereka…..”
Aku memeluk suami yang baru dinikahi. Dia menggumam tidak jelas.
“Abang nak Tanya sesuatu pada sayang.. kenapa sayang sudi berkahwin dengan abang, sedangkan ini bukan perancangan kita tapi orang tua kita?” ucapnya tiba-tiba.
“Sayang, cintakan abang kerana atas izin Allah yang membuka pintu hati sayang untuk menjadi isteri abang dunia akhirat. Luka semalam adalah kenangan dalam hidup sayang, tapi sekarang saat sayang sah menjadi milik abang, hidup sayang adalah untuk menjadi pendamping hidup abang susah dan senang. Sayang harap abang redha memperisterikan sayang.Sekarang cinta sayang hanya untuk abang.”
“Sayang yakin ke dengan abang ni dapat jadi suami yang baik untuk menjadi ketua keluarga kita?”
Aku mengangguk pasti lantas bersuara
“Abang.. kita adalah penghuni akhirat yang menjadikan dunia sebagai tempat berbulan madu pernikahan kita dan setelaah itu kita akan kembali ke sana.”
Suamiku merangkul tubuh kecilku. Perlahan-lahan kami menyingkap rahsia kesucian cinta dan mengintai keindahan syurga bersama. Ketika Azan Subuh berkumandang syahdu, kami bangun dan mengucap syukur atas limpahan kurnia-NYA.
“Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihin nusyur.”
Setelah mandi, suamiku mengimamkan solat berjemaah pertama dalam rumahtanggaku. Seusai solat, aku tersenyum dan melangkah ke jendela. Membuka sedikit dan menghirup nafas dalam-dalam.Selamat tingga kenanganku Nazri. Pagi yang indah. Udara segar bersih tanpa kabus jerebu. Sebentar lagi matahari pagi akan bersinar. Apa yang terjadi di dunia, tak ada yang pernah berakhir sempurna. Kerana suka duka tak pernah abadi, dan hari esok selalu menjadi teka teki. Kita hanya mampu merancang dan meneka. Tak ada yang tahu apa yang akan terjadi hari esok.
……………………………………………………………



Friday, October 22, 2010

Muslimah Itu Istimewa Bila......

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda : "Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu & menjaga pula kehormatan dirinya."
"Wanita Muslimah? Ya Allah, sesungguhnya itulah idamanku. tapi bagaimana? Apakah mungkin aku ini wanita Muslimah? Ikutilah checklist ini...
 KEIMANANNYA HANYA...
1. Kepada Allah
2. Kepada Malaikat
3. Kepada Kitab
4. Kepada Rasul
5. Hari Kiamat
6. Qada’ dan Qadar

 AKHLAKNYA...
1. Mencintai Allah
2. Cintai Rasul
3. Bersifat benar
4. Bertaubat
5. Bertakwa
6. Bersyukur
7. Jauhi takabur

 UNTUK MASYARAKATNYA...
1. Bersifat adil
2. Ikut jamaah
3. Berdakwah
4. Tunai janji
5. Berbudi
6. Berkhidmat

 AMALAN ANGGOTANYA..
1. Mengucap syahadah
2. Membaca Al-Quran
3. Belajar ilmu
4. Zikrullah
5. Menjaga lidah/anggota
6. Berdo
7. Beristighfar

 TUGAS UNTUK DIRINYA...
1. Bersuci
2. Tutup aurat
3. Zakat/sedekah
4. Solat lima waktu
5. Tidak syirik
6. Membayar hutang
7. Beribadah

 UNTUK KELUARGANYA..
1. Bernikah
2. Menjaga hak keluarga
3. Hormat ibu bapa
4. Mendidik keluarga
5. Bersilaturrahim
6. Sayang menyayangi
7. Beri nafkah
Maulana Syed Ahmad Khan dlm bayannya menceritakan kelebihan yg dimiliki oleh wanita. Katanya:

 1.Seorang wanita yg solehah lebih baik dari seorang wali Allah.

2.Wanita yg uli tepung dgn membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.

3.Wanita yg menyapu lantai dgn berzikir dpt pahala spt membersihkan Baitullah.

4.Wanita yg solehah lebih baik dari 70 org lelaki yg soleh. 5.Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dgn zikir.

6.Seorang wanita yg menutup auratnya dgn purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13X dari wajah asal.

 7.Semua org akan dipanggil utk melihat wajah Allah yg Maha Indah di akhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan dtg utk berjumpa dgn wanita yg memberkati auratnya iaitu yg memakai purdah dgn istiqamah.

Moga ana mampu istiqamah dalam segala perkara... Ya Allah, tuntuni hati ini agar sentiasa dalam ketaatan-MU



Warkah Doa Buat Diri Dan Sahabat

 Segala pujian bagi-Mu Ya ALLah,Tuhan Yang Maha Pengasih.Selawat dan salam buat kekasih-Mu,Nabi Muhammad S.A.W,keluarga serta sahabat baginda S.A.W.

Ya ALLAH,
Sunyi malam ciptaan-Mu telah menggamit hatiku untuk meluahkan pendaman yang telah lama kusimpan.Tenang angin hembusan malaikat-Mu menaikkan rasa sayu dan menambahkan keinginanku terhadap maghfirah-Mu.Namun aku sedar siapalah diri ini.Terlalu kecil untuk dipandang,terlalu hina untuk dikasihi,terlalu kotor untuk didampingi Tuhan Yang Maha Agung.

Tuhanku,
Jika dahulu,titisan air mata kekesalan sering dititiskan untuk-Mu,namun kini aku tercari-cari kemana hilangnya.pastinya segala dendaman dosa telah menjadi kubu dan menghalang diri ini memperoleh ketenangan hakiki.Jika dahulu,kerap kali lidah ini memohon keampunan-Mu,tetapi kini anggota ini banyak sekali menyumbang dosa,kata-kata dusta dan sia-siamenjadi hiasan lisan yang meragut kesucian iman dan aku semakin tenggelam dalam lautan mungkar dan noda.

Ya ar-Rahman,
Terasa benar hati ini sekeras batuan dipantai.Kalimah suci dari kitab-Mu tidak lagi berkesan untuk memberi keinsafan pada diri ini.bingkisan nasihat dan teguran langsung tidak melekat pada dinding hati ini sebagai peningkat tahap keimanan kepada-Mu.sekalipun aku sedar,namun diri ini terlalu berat untuk memohon keampunan-Mu.Kadang-kala aku lupa,lalai dan selalu merasa sukar untuk mencapai keikhlasan dalam panjatan doa-doa seharian kepada-Mu.

Ya Jabbar,
Segala perlakuan dan kata-kata dilontar tanpa menyedari Engkau Maha Melihat dan Maha Mendengar.Ibadat yang dilakukan tiada didahului dengan keinginan memperolehi REDHO-MU.Aku seumpama melangkah jauh dari-Mu dan hakikatnya Engkau tidak pernah lupa padaku.Terbukti apabila nikmat dan kurniaan dari-MU kekal Engkau anugerahkan.Pelbagai bentuk ujian Engkau turunkan agar diri ini sedar segala kesilapan dan kembali mendekati-MU.Dan disinilah aku berteleku diatas hamparan usang menghadap kiblat-Mu,memohon keampunan yang tidak pasti kumiliki.

Ya Ar-Rahim,
Hinanya hamba-Mu ini…..Ya ALLAH,apabila jasad dan hati ini tidak tahan dengan ujian barulah diri-Mu didekati.Kemanakah hilangnya ikrar dan janji yang dilafazkan setiap hari untuk bergantung dan berserah diri kepada ALLAH setiap masa dan ketika?Adakah NERAKA-MU yang bakal dihuni kerana keingkaran diri daripada menurut perintah-Mu.NA”UZUBILLAHI MIN ZAALIK….. JAUHKAN AKU DARI SEKSA-MU YANG PEDIH……..

Ya Aziz,
Entah sampai bila aku harus berterusan begini…Kekadang patuh dan menumpahkan sepenuh cinta kepada-Mu.Kekadang berlaku mungkar dan khianat pada janji sebagai hamba dan khalifah-Mu.Tetapkanlah IMAN DIHATI INI YA ALLAH…Dan bantulah aku untuk melakukan segala amanah sebagai hamba-Mu dan KHALIFAH dimuka bumi-Mu.Lenturkanlah kekerasan hati ini dan kurniakanlah KEREDHOAN-MU…….

Ya ALLAH,
Terimalah sebenar-benar pengakuan yang dilafazkan oleh hamba-Mu yang kejahilan ini.Seandainya hidupku ini hanya menambah MURKA-Mu dan membebankan diri ini dengan tanggungan dosa,Engkau bantulah diri ini untuk berubah kepada yang lebih baik.Sekiranya mati itu lebih baik bagiku,Engkau matikanlah aku dalam HUSNUL KHOTIMAH………Sesungguhnya Engkaulah TUHAN YANG MAHA MENGABULKAN SEGALA DOA DAN PERMINTAAN HAMBA-MU………………………..

……………………………..AMIN RABBAL A”LAMIIN……………………………….

Thursday, October 21, 2010

Ana dan KEKASIH Ana

Kali ni ana nak share tentang KEKASIH ana... (ana type huruf besar tu sbb ana terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa ana susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila ana susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! fuhhh !!

Yang bestnya tu, bila ana dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni...tak pernah nak sakitkan hati ana. Bila-bila masa aje ana boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan.... hehehe

DIA tak kisah pun kalau ana tak ingat kat DIA. Tapi rugilah ana. Sebab, kalau ana ingat dan contact je DIA, sure macam-macam la  yang ana dapat. Tak kiralah, material ke...spiritual ke...emm memang kekasih sejatilah tu! Bila ana rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh ana faham.

Sebelum ni, ana pernah gak frust. Memang sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje.  Tapi KEKASIH ana yang ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita ana frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.
Cuma ana je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, ana pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~ so, kalau ana usaha lebih sikit, ana dapat lebih la, kan? KEKASIH ana ni baik sangat-sangat.

Perfect! Tu yang kadang-kadang ana tengah-tengah malam ...area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau ana terjaga, ana sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH ana ni kaya ...millionaire ...billionaire...dan ntah apa-apa naire lagi... Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup ana, DIA yang support...caya tak?

Free of charge...Tapi ana tak sedap hati la...mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Ummi ana kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la...pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat ana sanggup berkorban apa sahaja...cheewah!
 



DIA suruh ana belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH ana ni memang cerdik + bijak + genius etc...  DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang ana buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat ana kalau ana rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm...ana sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH ana ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la ana ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Ana mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, ana tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah ana nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat ana, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang ana tak pernah terfikir pun!

Alahai rindunya kat DIA..... tak sabar nak dating bercerita suka duka pada DIA...

Kekasih ku Yang Satu, ku berjanji... akanku pertahankan cinta suci ini. Walau nyawa digalang ganti, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG ini tidak sama sekali, Walau kita tak pernah bersua namun hati ini penuh kebahagiaan dengan limpahan kasih-sayang-MU.

Itulah KEKASIHKU, ALLAH SWT... KEKASIH TERAGUNG



Wednesday, October 20, 2010

Pencuri Cinta Dunia... Dekatkan atau Jauhkan

Buat Pencuri Cinta Dunia
Assalamualaikum….
Semoga rahmat Allah selalu tercurah untumu
Tak pernah aku mahu berbasa basi jika punya suatu keinginan. Namun ada baiknya diriku meminta maaf kerana lancang menulis bait-bait ini…Entah apa yang kurasakan saat ini… Hari-hariku kian mendadak terganggu oleh bayangmu. Astaghfirullah al azim. Jika ku jauhi seakan kian mendekat untuk menyentuh.
Demi nama Tuhan yang indah, aku berharap dapat menjadi bidadari pemdampingmu, menjadi sayap kiri perjuangan mu, merajut hari-hari bersamamu, melewati berbagai-bagai  alur nyanyian di perjalanan melintasi panas dan hujan serta menembus siang dan malam dalam satu ikatan suci yang dianjurkan Nabi SAW.
Wahai Pencuri cinta Dunia…
Telah kau curi cinta Tuhan dengan segala sikap rendah hatimu serta teguhnya perjuanganmu dalam menyedarkanku ibu tercinta. Jangan kau sesal seandainya semua makhluk-NYA akan berbondong-bondong mengharapkan cinta daripadamu. Itu kerana Tuhan menjatuhkan rasa cinta-NYA kepadamu. Nyata benar jika DIA sudah membuka hijab cinta-NYA, lalu memberikan cinta itu kepada hamba pilihan-NYA.
Wahai pencuri cinta….
Aku ingin belajar daripadamu. Ingin belajar menjadi pencuri cinta sejati yang benar-benar dapat membuatkan Tuhan terpesona hingga rela menebarkan cinta-NYA. Ajari aku cinta yang dalam setiap ibadahku. Ajariku aku cinta yang sebenar-benarnya hingga aku memerlukan DIA saja…
Habibi, pencuri cinta…..
Seribu bidadari berkeliaran di sekelilingmu, maka ambillah satu. Pilihlah yang menurutmu terbaik dan istimewa kerana pilihan hati yang dipenuhi  cahaya iman tidak akan pernah salah. Tapi demi Dzat yang menggenggam selembar  nyawaku, aku ingin menjadi yang terpilih. Maka tunjukkanlah satu cara hingga aku dapat bersinar  dihadapanmu.
Wahai pencuri cinta fana…
Membuatmu menangis, aku sangat tidak mampu. Membuatmu melamun, aku sangat tak mahu. Aku ingin membuatmu tersenyum dalam indahnya kasih sucimu, Rasanya, itulah akhir perjalanan hidupku. Setelah itu tak mahu lagi kudapatkan cinta yang lain. Aku ingin mendampingimu dalam menyibukkan diri mengingati  Tuhan semesta alam. Telah ku sematkan namamu dalam setiap hembusan doaku….
 ...........................................................................................
“Allah… Kaulah Penolong sejatiku.  Namun aku seperti seorang penyelam yang tersesat di kedalaman samudera. Setiap kali ku dekatkan diriku kepadaMU, lagi-lagi cubaan itu dating. Sungguh aku takut kafir Ya Allah. Ku sedari imanku lemah. Kau ambil dunia daripadaku demi keagunganMU, aku pun ikhlas.  Tapi Demi keagunganMU pula, jangan Kau ambil cinta yang mulai tertanam dalam hatiku agar aku dapat bertahan dalam kejamnya hidup. Kau satu-satunya pelarianku. Ku percaya di-sisiMu terdapat rahmat yang sempurna….satukan hatiku kepada dia yang menyintaimu seperti mana pengemis kasihMU ini senantiasa menagih cintaMU….AMin”

Bisikan Doa

 Ya Allah… kurniakanlah untukku cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMU serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMU.

  Ya Allah… segala pemberianMU yang aku sayangi, jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMU. Segala yang Engkau pisahkan dariku, sedangkan ia sangat aku sayangi, jadikanlah ia ruang untuk cintaMU dalam diriku.

   Ya Allah… berikanlah kekuatan untukku mengutamakan cintaMU berbanding cintaku kepada keluarga, harta dan air dingin ketika dahaga.

   Ya Allah… berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMU, para malaikat, Nabi-nabiMU dan hamba-hambaMU  yang soleh.

   Ya Allah… hidupkanlah hatiku dengan cintaMU dan jadikanlah aku hambaMU yang Engkau cintai.

 Ya Allah… berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMU sepenuh hatiku dan redha kepadaMU dalam setiap usahaku…

  Amiin…..

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....