topbella

Friday, December 31, 2010

Tinta Hati Luka 2010

Bismillahirahmanirahim

Dengan rasa rendah hati. Mari sejenak kita tundukkan pandangan bersama-sama, mohon pada DIA Sang Pencipta Allah swt agar mencucuri rahmat ke atas semua umat atau kaum keluarga kita yang telah pergi meninggalkan kita sebelum fasa pertemuan abadi kita di akhirat nanti. Al-Fatihah….

Sesungguhnya setiap anak adam pasti merasai detik kematian. Itu janji Allah. Ku simpan kuat bait-bait itu dekat di hati, kerna ku yakin bahawa dunia hanya persinggahan sementara buat makhluk sekalian alam. Bagi yang leka.. kini mungkin sedang bergelak tawa tanpa menghirau berapa dosa telah dibuat, bagi yang ingat bahawa dirinya Cuma pinjaman dari Allah, akan bersegera memadu kasih dengan Tuhan Pencipta, menghisap dosa yang lalu, berzikir bertasbih dan bertahmid mendamba keampunan dari Allah swt…..

31 Disember 2010
11.18 am 25 Muharam 1432

Dayang Siti Naquiah Binti Awang Mohammad.
Ingatlah bahawa 2010 bakal kau tinggal dan meninggalkan dirimu dengan pelbagai kisah suka dan duka. Pelbagai memori menggamit hati yang bakal kau ingati. Namun, jentiklah dirimu agar jangan mengingati kejayaan apa telah kau buat, bakti apa yang telah kau sumbang, budi apa yang telah kau tabur, Tapi jerkah dirimu agar mengingati berapa dosa yang telah kau lakukan tatkala matamu berkelip bangun dari tidur.

Jangan kau bangga dengan nikmat sihat yang Allah kurniakan, sesungguhnya dalam mengharungi liku-liku hidup, ingatlah 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara… astaghfirullah al azim.

Ya Allah… bantulah hambaMu, dlm mencari hidayah daripadaMU
Ampunilah Ya Allah segala dosa yang telah ku lakukan,
Lapangkan dadaku dalam menerima segala ketentuan yang KAU takdirkan untukku
Berilah jalan kemudahan dan jalan MU yang lurus
Agar tidak ku terkapar-kapar bermusafir di dunia penuh debu-debu dosa.

Buat Arwah Ayahanda Awang Mohammad Bin Awang Tengah. Sekalung al-fatihah yang tiada henti ku panjat dan ku hadiahkan buatmu agar jauh dari azab seksaanNYA. Moga Allah terus mencucuri rahmat ke atas mu di alam barzakh sana. Sungguh Ya Allah, betapa aku merindui ayah tercinta. Rindu akan semangatnya yang tinggi, rindu akan kekuatan yang selalu dirinya zahirkan pada diri ini, menjadi inspirasi pemangkin kejayaan diriku dalam menempuh ranjau hidup yang bergelora dengan ujian. Ayah, ingin ku khabarkan… berkat restumu, Alhamdulillah telah ku selesaikan pengajianku. Selautan terima kasih atas pengorbananmu yang tak mungkin mampu ku balas, walau sejuta ringgit ku tabur buatmu. Al Fatihah tiada henti, doa yg tak berpenghujung ku balas agar kau bahagia di sana.

Buat Ibu Tersayang Puan Norsiah Binti Drahman. Terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan yang tak terhitung nilainya, sejak aku masih janin di perut mu, hingga aku selamat di lahirkan menjadi puteri tunggal keluarga, dididik dan di asuh menjadi wanita yang sempurna seiring dengan hajat mu agar aku menjadi anak yang bertaqwa dan menjadi kebanggan keluarga dunia dan akhirat. Ibu, ku tahu betapa pedih dan hancurnya hatimu saat kita bersama-sama berdepan dengan takdir Allah bahawa suamimu, ayahku telah pergi dijemput Ilahi… namun aku tahu engkau seorang tabah, dengan kekuatan yang kau tunjuk menjadi aku seorang anak yang cekal dengan ujian meski kekadang tak tertanggung rasanya ujian itu. Ibu, halalkan titisan susumu, makan minumku, tingkah lakuku dr kecil hingga dewasa. Engkau satu diantara beribu….

Buat abang-abangku ( Awang Amli Bin Awang Mohammad, Awang Saiful Safri Bin Awang Mohammad dan Awang Azlan Norhalim Bin Awang Mohammad)

Pertama sekali ku rafak rasa syukur kerna Allah kurniakan aku abang2 seperti kalian, walau kekadang Allah menguji kesabaran masing2 hingga, ada detiknya pasti wujud pertelingkahan antara kita. Tapi ku semat dalam hati pepatah bahawa cincang air takkn putus. Itu aku yakin. Alhamdulillah. Terima kasih juga kerna mengasihi aku dan menjaga kebajikan ku agar aku tidak sesat dalam kembara hidup yang penuh onak dan duri. Moga Allah terus memberkati kalian dan maafkan aku insan yang terlalu kerdil dan tak terlepas dari dosa dan noda. Maafkan atas segala keterlanjuran sikap atau tutur kataku selama ini.

Buat Adik tersayang ( Awang Norulhadi Hafiz B Awang Mohammad) Kakak bangga punya adik sepertimu, meski kadang menyakitkan melayan kedegilan dan kenakalanmu, namun semangatmu sebagai anak lelaki bongsu yang tahu berdikari dengan usahamu harus akak beri pujian. Moga Allah beri kejayaan padamu. Ingatlah, sejahat-jahat akak, menegur dan memarahi dirimu bukan untuk melemahkan dirimu tapi untuk menjadikanmu pewaris keluarga yang berguna. Kakak syg kamu adikku. Maaf kalau akak sering mengasarimu…

Buat sahabat2 ku ( Arina, Samsiah, Amira, Aziemah, Ein,Kak Putri, Kak Aini dan semua yang pernah mengenali aku) Dengan rasa rendah hati, aku mohon maaf atas segala silap dan salahku sepanjang usia perkenalan kita. Sungguh dan Demi Allah kalian adalah sahabat yang terbaik buatku. Seinfiniti terima kasih atas layanan baik, nasihat, pertolongan yang tak sudah-sudah kalian hulurkan buat ku, tika susah mau senang. Tak ku mampu balas jasa kalian. Apa yang ku pinta Cuma, Doakan aku agar bahagia disisi keluarga dan disamping kekasih ulungku Allah swt. Meski ada kalanya, persahabatan kita di uji dengan dugaan .. namun terima kasih atas sifat setiakawan kalian yang menjentik hati ini, agar mengerti betapa luhurnya budi kalian meski kita datang dari corak keluarga yang berbeza. Itulah Kuasa Allah….. Jaga diri kalian, jadilah mawar berduri, cantik di pandang tapi sungguh berbisa bila di pegang.

Buat Adam yang amat aku kasihi, kurniaan Allah yang tak terhingga ( Allahyarham Kamarul Nizam B Dato' Khairuddin ) Tetiba aku teringat pesanan arwah ayah sehari sebelum beliau dijemput ilahi. Pilih lah pasanganmu kerna empat perkara iaitu agamanya, keturunannya, hartanya dan kecantikan… tapi seandainya engkau memilih kerana agama, maka bahagialah kedua tanganmu dan hidupmu. Alhamdulillah, kata-kata itu menjadi ingatanku dan hatiku tetap utuh buatmu meski kadang-kadang hatiku rapuh dek ujian dan kelemahan hatiku mengatasi segala ranjau hidup.

Terima kasih buatmu adam yang ku sayangi, kerana sudi memahatkan namaku jauh di sudut hatimu hingga saat kau hembus nafas yang terakhir. Selautan terima kasih kerna sudi berkongsi rasa, berkongsi hidup meski segalanya bukan perancangan kita berdua, tapi alhamdulillah.. kini ku percaya bahawa sesungguhnya bercinta selepas punya ikatan amat membahagiakan. Adam, Demi Allah sungguh aku teruji dengan perpisahan dan kehilanganmu... sungguh besar nikmat yang Allah pinjamkan padaku tika engkau hadir dalam hidupku.. akan ku ingat jua hingga akhir hayatku akan luhurnya budi dan pekertimu.

Adam.. ku rawat rindu hatiku terhadapmu dengan berkhalwat sujud pada kekasih Agungku Allah swt. Dengan itu ketenangan mampu ku peroleh, demi meraih secebis kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Adam, kau tetap dihati dan dalam anganku meski cuma memori kau tinggalkan. Sungguh Aku Menyayangi Dirimu Adam kerna Allah... meski engkau bukan pilihanku tapi engkau adalah pilihan yang terbaik dari Allah untukku meski hanya sementara untukku rasai kebahagiaan itu. Terima kasih buatmu Adam, menerimaku apa adanya hingga akhir hayatmu... Ya Allah, tabah dan kuatkan hatiku dengan takdir yang KAU tentukan.
……………………………………………………………………………………………………………………

Buat semua muslimin dan muslimat, pakcik makcik, kawan, teman dan sahabat……. Sebelum 2010 melabuhkan tirai meninggalkan kita dengan suka dan duka, tawa dan tangisan… Sungguh diri ini mohon kemaafan yang  tak terhingga. Halalkan segalanya jika ada diri ini terhutang budi, makan dan minum pada kalian. Moga Allah sama-sama merahmati diri kita menuju jalan Keredhaan-NYA.

Andai ditakdirkan Allah, menjemput ku pergi mengadapNya, menyusul mengikuti mereka yang terlebih dulu meninggalkan kita…. Usah di ratapi tapi Doakan Aku. Doa kalian amat ku harapkan…. Sayang kalian semua…Moga Allah satukan kita dalam golongan yg soleh di akhirat nanti. Amin.

Ya Allah... Hanya Engkau Tuhanku... Allahu Akhbar
Hanyalah padaMu tempat ku berteduh
memohon redho dan ampunanMu

Maafkan insan kerdil ini






Wednesday, December 29, 2010

Rintihan Berlagu Pilu

Tidak ku mampu merentasi liku-liku
Tidak ku mampu menghadapi semua itu
Sungguh ku tak upaya

Namun.. jauh di sudut hati
Ku munajat pohon pada Ilahi
agar jerih perih kehidupan
tak bisa meleraikan imanku.....

Biarlah berlinangan airmata
takkan ku hentikannya
kerna biar airmata tafakur ku
kan menyembuh luka.. maka hilanglah segala duka

Ku percaya segala yang berlaku pasti ada kesudahan
Kerna ku yakin Allah Maha Mengetahui
Akan rintihan hamba-hambaNya
Ku pujuk diri dan hati  dengan Taubat Nasuha
Kerna, semuanya takkan kembali
meski ku tangisi dengan airmata darah sekali pun...
takkan ada yang berubah

Aku terus bermusafir dalam kembara hidup yang berliku
mencari hidayah dari Mu Yang Maha Kuasa
Dalam doa kudusku
Lagi aku terduduk pilu
merintih bermunajat Memohon pd Yang Maha Mendengar
memujuk kesabaranku agar utuh

Ya Allah... Ya Tuhanku
Bantulah hamba Mu ini
tabahkan hatiku atas perpisahan ini
agar aku terus redo' dengan suratan yg KAU tentukan

..................................................................................

Adam.... moga Allah terus merahmati dan memberkatimu di sana..
Adam.... tiap waktu yang berlalu, ku pujuk hati
duduk berteleku menyembah diri pada Yang Esa
dalam rintih tangis mohon secebis kekuatan
atas dugaan yang menimpa diri ini..

Adam....andainya alam ini mampu berkata-kata
Pasti selautan pujian kan buat dirimu
Kau bimbing aku menuju cahaya ilahi
saat aku lemah mengharungi ranjau dunia
Aku ingin sepertimu dalam ketenangan
merentas mehnah dunia
namun... kini ketenanganmu cuba ku teruskan
tanpa engkau di sisi. Al-Fatihah.

Kini tinggallah aku
tercari-cari cahaya dalam kabut hidup
yang penuh debu-debu dosa
Moga.. akan ku temui cahaya iman
di sinar cahaya raut wajahmu yang menjadi tulus ingatanku
sampai hujung hayatku...

.....................................................................................

Di Kembara ini... ku terus memujuk hati bahawa

"Kekasih Pilihan Allah....
dihadiahkan dugaan tanda kasih-Nya..
Tak dibiar terlena dalam dakapan lazat melimpah...
Tapi dihidangkan keperitan, susah dan payah yg tak sudah-sudah
Indahnya menjadi Kekasih Allah....
secuit payah, selamanya di JANNAH."


Ibu Kota Gombak
12.42pm...



Monday, December 27, 2010

Warkah Sepi Buat Sang Adam

Diriku sekelip mata hilang punca kekuatan...
Keadaan sekeliling ku sepi
Senyumku pudar dalam keterpaksaan.
Duduk bertasbih mengingat Kuasa Sang pencipta

Lagi.. aku terus di uji. Astaghfirullah

15 Disember 2010
Itulah kali terakhir aku  mendengar nasihat dan bait2 kata berbaur sokongan darinya kepadaku, gelak tawa dan semangat yg tiada henti kau tiupkan, menjadi inspirasi diriku.. Namun tiada ku duga, ia cuma sementara, lantas Allah menjemputmu pergi menghadap-NYA.

Dulu, pernah kau suarakan, "Akankah ada kehancuran seandainya apa yg di impi tidak kesampaian" Kini, kehancuran hati aku hadapi...aku lalui dalam kesakitan yg amat sangat.. Pergi mu tak kembali. Pandangan ku kelam dek curahan air mata yang tiada henti. Al-Fatihah tiada henti ku lantunkan dalam suara yg tersekat2 dek esakan tangis yg tiada kesudahan.

................................................................................
Warkah Sepi Buat Adam...

Adam... kala keceriaan menghiasai hubungan, Tetiba engkau sepi, pergi jauh dari diri ini. Aku terkapar2 mencari tanda aras di mana kedudukan dirimu... Lantas aku mendapat perkhabaran bahawa dirimu terlantar sakit di hospital pantai. Adam, maaf kala itu hanya doa mampu ku panjat agar dirimu di beri kesembuhan. Aku berperang dengan perasaan dan kecelaruan fikiran yang amat sangat. 22 Disember seusai, peperiksaan, lagi aku mendapat perkhabaran perkembangan keadaan semasa dirimu. Lagi aku terdiam tunduk tak terkata, doaku tiada henti buat dirimu. Aku risau, siang malam ku nantikan perkhabaran yg baik dari pihakmu...

Adam... kala ini, aku cuma memohon secebis kekuatan dari Allah, atas perpisahan yang perlu aku tempuhi ini. Memang dan amat menyakitkan hakikat yang perlu aku telan... Akhirnya kau pergi jua. Masihku ingat gurauan yang mengatakan kau akan terlebih dulu pergi meninggalkan aku.. lantas aku menangis saat kau lafaz kata2 itu.. lantas ku ingatkan dirimu akan nasib diriku setelah ketiadaan dirimu bersama "Hidayah" yang kau titipkan untukku buat peneman pengubat rindu setelah kau tiada.

Dalam Kedinginan pagi lagi aku mendapat perkhabar terbaru dari bonda tersayang....

"Assalamualaikum, ucapan setinggi terima kasih kepada semua rakan2 dan sahabat handai diatas kehadiran dan ucapan takziah di majlis pengkebumian anakanda kami Kamarul Nizam B Dato' Khairuddin pada 24/12/2010 yang lalu. Moga roh beliau dicucuri rahmat. amin. ( Bonda Datin Hajah Maznah dan keluarga)

Adam.. hanya Allah yg tau betapa hancurnya hatiku dengan perkhabaran itu.. Sampai saat ini, tangisan ku belum sampai ke penghujungnya.. terlalu banyak yg kau tinggalkan untukku, apatah lagi "Hidayah" yg menjadi sebutan di bibir kita..

Adam, siang malam aku menghadap yg Esa merintih agar kau mampu pulih seperti sediakala, tapi aku akur dengan ketentuanNYA..

Adam... ingat tak selawat yang kau sarankan padaku.. Alhamdulillah, berkat nasihat dan sokonganmu aku dapat 'pekerjaan itu"... tapi xsempat aku khabarkan... kau pergi adam..

Adam.. ingat tak tangisan ku, kala ku khabarkan kegagalan aku dalam peperiksaan, lantas kau terus hubungiku memberi sokongan padaku.. dan akhirnya dengan sokongan dan doa drmu jua dr doa shabat2 dan keluarga, aku telas lulus peperiksaan itu...Tapi... belum sempat ku khabar kau pergi tinggalkanku....

Adam.. ingat tak, akan hasratku yang ingin melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah, keputusannya telah ku peroleh, aku berjaya di terima untuk melanjutkan pelajaran...tapi... kau tiada...

Adam, segalanya aku pendam untuk ku simpan agar mampu ku kongsi kegembiraan bersamamu jika engkau telah pulih sepenuhnya. Namun, kegembiraan itu ku raih dengan cucuran airmata kesedihan, dek berita Pemergiaan mu menghadap Sang Pencipta....

Astaghfirullah al azim
astaghfirullah al azim
astaghfirullah al azim

Dalam ketidakupayaan diriku berdepan dengan ujian dan dugaan ini..
ku gagahi diri, menhadiahkan sekalung al fatihah buat dirimu.. agar rohmu di cucuri rahmat dan moga Allah memberkatimu... Amin

.........................................................................................
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Al - Fatihan Buat Kamarul Nizam B Dato Khairuddin













Thursday, December 16, 2010

Lindungi Bukan Untuk Disakiti

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku,

“Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu.

“Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku.

Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku.

Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain

Bingkisan Doa

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Tuesday, December 14, 2010

Monolog Sepi Berduri

Ya Allah, hamba-Mu yang hina sedar hakikat ujian yang pasti KAU uji di segenap kanvas hidup hamba-hamba Mu, namun Ya Allah, apalah kudratku untuk terus menyusuri denai-denai liku hidup yang saban hari kian merapuhkan kekuatan hatiku... Astaghfirullah al azim.

A - Salam swt

H- wasalam

A- pekaba arini n apa program

H- alhamdulillah sihat, insyaAllah lepas zohor nanti nak gerak balik umah.

A- lama da on9?

H- adelah setengah jam.. n awk dmana?

A- baru je masuk pejabat.. awk, staff sy kembali kerahmatullah jam 8.30 pg td. Doa awk dharapkn

H- Salam takziah buat keluarga... bila dikebumikan

A- insyaAllah, kalau xlepas zohor mgkin lepas asar

H- ooo.. awk xpgi?

A- insyaAllah lagi sejam nak kluar, tgu diorang call selepas selesai buat tuntutan jenazah...

H- Awk ht2.. insyaAllah. Selitan doa akn sy kirimkan...

A- Awk, apa pandangan awk tentang cinta? tak retila nak serius2 ni.. cinta kerana simpati, apakah mungkin menjanjikan kebahagiaan?

H- tahla.. apapun, insyaAllah akan bahagia seandainya betul caranya mengemudi rumahtangga/hubungan. Cinta kerana suka atau kerana benar2 cinta jua xtelepas dr masalah hubungan n bahagia bpnjangan.. resam hidup.. yang penting ksepakatan antara kdua2 pihak.

A- hebat DOKTOR CINTA kita....

H- bukan doktor, insan kerdil je...

A- jika cinta yg dharap tak ksampaian, akankah menuju khancuran?

H- bukan khancuran, tapi itu ujian kecil mnguji kekuatan hati.. insyaAllah, dengan sabar, kekuatan doa, pasti hati yg dsakiti jumpa penawarnya mesti makan masa yg lama.

A- orgnya kecil, tp BERJIWA BESAR... hehehe

H- insyaAllah, sabarlah selagi boleh bersabar. Kalau sabar dhujung tanduk, pertahankan kesabaran tu supaya tak pecah kesabaran.

A- iye.. syukran. awk selalu mnafikan kbaikan awk.. xpe, sy doakan awk moga dmudahkan sgala urusan. insyaAllah. Awk, sy kluar dulu, mereka dah call. Mungkin proses pngeluaran jenazah dah selesai..

H- ok, xpe. sy faham. silakan.. sampaikan salam takziah sy buat ank2 n istri Allahyarham...Salam wtb

...............................................................

Ya Allah, ku sedari apa yang telah berlaku, dan cuba ku amati siratan hidup yang baru berlalu, telah ku temui jawapan apa yg bakal berlaku... lagi aku di duga dengan perasaan yg bgitu menyakit. Tapi, kelemahan ku, ku jentik dengan kesadaran hakikat bahawa aku ada Engkau tempat ku curahkan segala yang terbuku dlm hatiku.

Andai itu menjadi pilihan. aku redo dengan nikmat sementara yang KAU izinkan utk aku rasai, walau cuma seketika. Hidup penuh masalah, ku tahu ia fitrah dalam rencah hidup yang bernama lumrah...

Ya Allah, tingkatkan kesabaranku.. kerna aku tahu, ujian yang Kau duga tanpa henti2 adalah atas sebab kemampuanku untuk menempuhinya... Jadam ujian yang ku telan, memang pahit, tapi ku tahu segalanya ada HIKMAH tersembunyi...

Lagi aku bersendiri menyusuri denai-denai hidup di pertengahan hayat hidup. Muslimah, tabahlah, kuatkan hati, Allah tahu apa yang terbaik buatmu...

Kini, rajuk hati ku pujuk sendiri, membawa diri jauh dr manusia yg menipu. Tidak ku membenci, tapi seuntai terima kasih ku titipkan kerna buat aku bertambah kuat berdepan dengan HAKIKAT HIDUP.

Selamat Tinggal Memori
Reset
Empty

Monolog bisu terus meracau....
Astaghfirullah al azim..

Malamku Bermuhasabah

Astaghfirullah al azim
Astaghfirullah al azim
Astaghfirullah al azim

Bismillahirahmanirahim.......

Sahabat, kita koreksi diri bersama, jika bukan semua, mungkin sekelumit calitan ada terpalit atau terlintas dalam pemikiran dan sesuatu menumpang di hati kita seperti mesej yang cuba di sampaikan. Sama-sama kita semak, kita singkap dan ungkap senario "cinta dari syaitan" yang menjerat dua sejoli ke lembah hina terdampar ke gaung pidana...

Renungan, ingatan, panduan KERAS buat diri ana yg setiap saat penuh dengan dosa, walau sekecil dosa...
Ya Allah.. ampuniku...
astaghfirullah
astaghfirullah
astaghfirullah...

KERANA SAYANG.....

saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak??

saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..saya lupa Tuhan..takut la...

betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak...saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa...

awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..

awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama...lepas ni, kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc, mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??

saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..

awak..saya tahu saya xbaik....banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn...sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..tp mungkin saya lalai gak nanati..syaitan selalu ada dgn saya..suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..untuk hidup dgn awak.

saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak, utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu. tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti..

awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak..

awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k.

Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah


"Ya Allah, aku tidak layak masuk ke syurga MU, tetapi tidak pula sanggup ke neraka jahanam MU........"

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....