topbella

Tuesday, April 5, 2011

Munajat Hamba Kerdil

Bismillahirahmanirahim

Malam bermandikan bulan.Cahaya bintang-bintang berkelip-kelip menembusi awan yang berarak bagai lukisan. Tertawan jiwaku oleh kenyataan pahit dan tergadai diriku oleh kebimbangan dicerca kepedihan. Allahu Akhbar

Malam ini, hampir 5 bulan sayap-sayap jiwaku telah patah dan kesembuhan tak kunjung tiba. Aku bukan penghitung tetapi cukup mudah bagiku mengingatkan hari dimana luka menggoresku dan derita menusukku.

Berhari-hari hatiku dicacah ragu. Di keningan malam, aku merunduk dihadapan Tuhan. Allah, betapa Maha Kuasa Engkau. Di atas langit ada langit dan Engkaulah Sang Penguasa Langit. Engkau tunjukkan siapa-siapa yang layak mendapatkan petunjuk. Dan Engkau sesatkan siapa-siapa yang layak untuk disesatkan.

Inilah aku, makhlukMU yang mengaku aku sebagai hamba-MU. Betapa kurang rasa syukurku padaMU, sedangkan kesabaran terhadap ujianMU tidak pernah menjadi selimut bagi jiwaku. Disaat hatiku dihentam derita, sayap-sayap kesabaran justeru aku patahkan dan jiwaku memandang MU sebagai Zat yang tidak memiliki keadilan. Astaghfirullah al azim

Lantas aku tersentak dari lamunan dek hasutan dunia. Ku basuh jiwa dengan butir kata indah mengubat kecewa : Tidak ada perkataan yang lebih indah daripada Al-Quran dan tidak ada petunjuk yang lebih baik daripadaNYA. Kesempatan alunan asma Allah ku lagukan agar kental raga kerna itu sebaiknya penolongku"

Begitulah kocakan hidup fatamorgana. Tak terlepas dek amukan ombak cabaran dan pukulan ujian. Di dunia ini, hidup hanya sementara. Tak ada yang kekal tak ada pula yang abadi. Suka dan duka, tangis dan tawa, menjadi warna hidup. Barang siapa melupakan NYA, DIA pasti akan meninggalkan hambaNYa. Orang-orang soleh cepat ataupun lambat pasti dipanggilNYA. Orang-orang yang buruk akhlaknya pun akan dipanggilNYa jua, semuanya sama-sama dihadapkan pada pengadilan NYA.

Ya Allah..... Ya Rabbi

Ya Allah, ketika ku dekati Engkau, Engkau ambil satu persatu orang-orang yang aku cintai.

Lagi, aku terus bersimpuh di pangkuan KeMahaan Ilahi, ku pasrahkan hidupku dan keluarga dalam rangkul kasihMU Rabb. Aku memohon kepadaMu dengan cinta dan sabar menerima takdirMU. Inilah senandung munajatku yang terbang dengan sayap-sayap cinta penuh dengan kasihMU. Kuatkan diriku selalu, bersabar kepada ujianMU,

Allahumma shali 'ala Muhammad wa aali Muhammad.

Monday, April 4, 2011

Menyingkap Tirai

Bismillahirahmanirahim

Berpijak di Bumi Allah menjadikan ana hamba yang bersyukur kerna, detik ini masih mampu berdiri menghirup bugar nafas cinta nikmat Allah.
Lama benar rasanya, ana tidak mecoret sebarang bait-bait hati di blog ana… banyak faktor yang mengekang membuah alasan membuatkan ana mengabaikan sebentar ruangan blog ini.

Menjangkau sebulan lebih laptop ana sakit tenat dan kini koma… lantaran itu hanya waktu bekerja ana dapat “online” meraih simpati dari masa untuk ber”online” melihat perkembangan yang banyak ana ditinggalkan … LAPTOPKU.. ana izinkan dikau pergi seandainya engkau tiada jodoh lama bersamaku, dan menemani hari-hariku… lagipula, ana sudah biasa bersendiri dan sering ditinggal pergi…

Tambahan pula beban tanggungjawab yang semakin berat perlu ana galas. Ternyata, harus ana dahulukan…. Detik ini, sedar xsedar menjangkau usia 4 bulan ana bergelar pendidik.. banyak benda yang ana belajar meski ana seorang pengajar… Itu bukan mandat ana bersikap sambil lewa, tapi ini peluang ana meraih sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman yang diberi meski kekadang tak termampu beban di pundak ana… Namun dalam kepayahan dicabar dek cabaran, ana masih mampu mengulit senyum mensyukuri rezeki Allah ini. Alhamdulillah… Syukur..

Minggu ni, ana kena kerja keras sikit, di beri tugasan untuk menyandang Pengerusi Majlis, bersempena Karnival Akademik, dan dalam masa yang sama berhempas pulas menyiapkan Brosur dan buku program dan turut terlibat dalam penyediaan hadiah… AllahuAkbar…

Letih??? Tipu kata tak letih tapi… Allahamdulillah ini rezeki Allah… 2 April, ana baru selesai dengan jawatankuasa Majlis Tilawah Quran Peringkat Daerah, disusuli pula 9 April Karnival Akademik, 16 April, plihanraya negeri Sarawak, 19 April Majlis Tilawah Quran Peringkat Bahagian, kemudian langsung PSKPP, dan insyaAllah 22 Jamadilawal kenduri arwah buat Ayahanda Awang Mohammad yang telah genap 3 tahun kembali kerahmatullah…

Mei.. menyaksikan semua barisan guru berhempas pulas menggubal kertas peperiksaan… ana turut tak terlepas dari tanggungjawab tersebut.. Allahu Akhbar… Tak sabarnya nak tunggu cuti sekolah menjelang tiba… Masa bersama keluarga banyak dah demerit.. nanti cuti sekolah bakal di topup semula masa tersebut. insyaAllah…….
_____________________________________

Buat ana didikku, cikgu sayang kalian meski kekadang kenakalan kalian menggugat kesabaran cikgu, kemalasan kalian menggugat toleransi cikgu…dan kekadang Kekasaran sikap kalian menyentap hati cikgu lantas membuak marah , mengeluarkan lava airmata… tanda kesabaran cikgu sampai penghujung…

Namun, terima kasih selautan budi buat anak didikku… kerna adakala kerajinan ana menjadikan cikgu lebih bersemangat untuk terus mendidik kalian menjadikan kita sama-sama insan yang berguna dimata masyarakat… Ketahuilah.. tiada istilah pelajar yang pandai, tak pandai, atau kurang pandai, kita adalah sama tapi yang menjadikan jurang kerna KEMALASAN kalian, ibarat orang yang rajin berdoa penuh harap tapi tidak disusuli usaha…

Alhamdulillah Ya Allah.. atas rezeki ini…

Ku tinggalkan ruangan ini dengaan bait-bait pencetus insprirasi bersama:

Sekali kita mampu mengenal, mengaku dan menerima masalah dalam diri kita, kita akan mampu berdamai dengan masalah itu. Dengan demikian, maka masalah kita menjadi lebih kecil. InsyaAllah...

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....