topbella

Tuesday, June 28, 2011

Diari Buatmu MUSLIMAH....

Hembusan angin terus membawa kisah lama pergi melayang dan menerawang entah ke mana jalan cerita yang tak berpenghujung.

Cerita tentang dia yang telah pergi membawa kedamaian hati, menghadap Sang Ilahi. Mentari bersinar redup, seakan enggan untuk menghias bumi dengan cahayanya. Dedaunan kering berserakan dalam diam, pasrah kepada tangan-tangan takdir yang bersemayam di dadanya. Semua membisu… Wahai Takdir……………!!!!!!

Ku ucapkan asma Allah, ku agungkan nama-NYa bersama ceritera duka berhembus lemah melayang di muka langit…
………………………………………………………………………….
Diari untuk muslimahku……

Muslimahku…..

Apabila engkau membaca bait-bait madah ini, aku sudah tidak berada di sisimu lagi. Alamku dan alammu telah berbeza. Engkau berada di atas bumi, sedang aku di dalamnya. Rohmu masih bersatu dengan tubuhmu sedangkan rohku telah berada di sisi NYa. Engkau masih dapat berhias-hias mempercantikkan dirimu sedangkan aku ditemani amal-amalku, entah itu amal baik entah amal buruk dan jasadku sedikit demi sedikit dimakan ulat dan begitulah semua mahkluk hidup pada akhirnya….
Muslimah yang dikasihi….

Apa yang dapat aku katakan ini, semoga dapat pengganti diriku, inilah wasiatku untukmu:

Sembahlah Allah dengan cinta muslimahku. Cintai DIA dengan rindu. Dia yang Maha Lembut, Yang Maha Indah, Yang Maha Mulia. Sembahlah DIA dalam keadaan senang dan sengsara, sedih dan bahagia. Cintai Rasulullah SAW dan keluarganya. Kenali siapa-siapa yang menjadi keluarganya. Bertawassullah kepada mereka kerana merekalah sedekat-dekat hamba di hadapan Tuhannya.

Sebagai muslimah, contohilah Sayidatina Fatimah. Hidupnya diberkati dengan kesucian, dengan kecerdasan, dengan keluhuran dan kemuliaan. Bacalah tasbih az-Zahra di setiap harimu.

Jangan memutuskan silaturahim, walau kepada mereka yang telah menyakiti. Jangan balas sakit hati dengan sakit hati pula, kerana hal itu hanyalah tindakan orang-orang jahil dan jauh daripada Allah swt. Pandang dan jadikah hidup ini sabagai ibadah kepada Allah sebab hanya dengan cara itu, engkau akan selalu sedar akan keberadaanNYA, akan Rahman dan RahimNYA.

Muslimah dambaan pilu…..

Wajah hidup ada dua sisi. Satu sisi, bahagia. Sisi yang lain, sengsara. Baik bahagia dan sengsara, selalu berusahalah untuk bersyukur dan bersabar kepadaNYA. Bersyukur itu lebih mudah daripada bersabar. Maka, belajarlah untuk memudahkan dirimu supaya mendapatkan sabar. Sabar terhadap musibah, sabar terhadap bencana dan sabar terhadap kehilangan dan kematian.

Muslimah yang disayangi…..

Jadilah muslimah sebagaimana yang dikehendaki Allah dan jangan jadikan darjat muslimah di bawah darjatmu sebagi perempuan. Meski dimana engkau dilahirkan, itu Cuma sekadar tempat dimana dirimu dilahirkan dan jangan jadikan tempat sebagai alasan untuk menjadi seorang muslimah tetapi menjadi muslimahlah di mana pun tempatmu berada. Bukan kerana dirimu gadis melayu yang kebetulan menjadi muslimah tetapi dirimu adalah muslimah yang kebetulan dilahirkan melayu dengan agama Allah ISLAM.
Muslimah yang ku tinggalkan…

Maafkanlah segala kesalahnku kepadamu, baik yang aku sengaja mahupun tidak, muslimahku. Dan sudilah kiranya dirimu membantuku dengan doa dan munajat kepada Allah, sebab diriku sudah tidak dapat lagi berdoa dan bermunajat kepadaNYA. Diriku sudah berada diambang pintu untuk dipertanggungjawabkabn perbuatan-perbuatanku. Diriku sudah tidak memiliki kesempatan lagi untuk berharap dan meminta.

Semoga Allah memberikan panjang umur kepadamu dan memberikan berkat umur dalam hidupmu.
……………………………………………….

Begitulah hidup. Hanya Allah swt yang ABADI. Suka dan duka, tangis dan tawa menjadi warna dalam hidup ini. Ku pasrhakan hidupku dan hidup keluargaku dalam rangkul kasih-MU dengan cinta dan sabar menerima takdir-MU. Kuatkan diriku untuk selalu sabar kepada-MU. Kan ku sertakan namamu dalam doa-doaku. Selamat beristirehat… cepat atau lambat aku pasti menyusulmu………….

Allahumma shalli ‘ala Muhammad wa aali Muhammad.

“selama mana harusku mencari… igauan ini ku gagahi, ingin berjumpa sayang kau tiada….. hati jiwa rasa cinta seorang wanita, lemas meronta menggocang lara menangis lah aku sendiri…. jangan ditanya engkau pun tahu mengapa engkau pergi, Engkau….. jelmalah engkau beraksi rindu, mimpi-mimpiku . Malam digerbang luka aku merangkum doa dalam diam bertafakur pasrahkan jiwa luluh disujud kaki Kekuasaan-MU.”

Monday, June 20, 2011

Menyoroti Detik Waktu Berlalu

Bismillahirahmanirahim

Hidup di dunia macam berenang di lautan. Kita kena berani, berdoa dan terus mencuba. Berenanglah mencari ilmu yang berhamparan dan gapailah bening kalbu makna setiap ciptaan tuhan. Hidup di dunia ada aturannya, jika kamu tersalah belok, jika kamu tidak bijak mengemudi dan menjaga sauh serta layar, kamu akan menjadi bangkai kapal yang karam di dasar atau kayu reput yang terdampar di tepian.

SubhanaAllah, Maha Suci Allah kerna detik ini Allah masih beri kesempatan, ruang dan peluang bernafas dengan sempurna, memberi ruang untuk hidup biar Cuma di penjuru bumi Allah. Syukur. Meski hidup penuh katarsis, pangkat darjat, harta kekayaan dan nama yang gah menjadi jurang dalam pentas drama hidup manusiawi, namun baik kaya atau papa kita harus bersyukur kerna apa jua golongan manusia di muka bumi Allah kita masih berkongsi udara yang sama seperti sikaya hirup dan hembus, juga berbumbungkan langit yang sama, mengharap matahari yang serupa setiap pagi, dan yang pasti tatkala ajal menjemput, kita pergi berjumpa dengan Sang pencipta dengan cara yang sama… Astaghfirullah al azim…….

Lama benar rasanya aku berhenti menulis sebarang bentuk coretan di blog ini… banyak halangan yang menghadang. Kesibukan kerja membantutkan segala macam urusan. Allahu Akhbar… Terima kasih atas limpahan rezeki yang diperolehi.

Cuti sekolah telah berlalu, menyaksikan ramai sahabat teman dan taulan selamat bersaksi diijabkabulkan menjadi dua sejoli mempelai yang diraikan dengan penuh meriah… namun aku tetap hadir sebagai penyeri majlis mengucapkan tahniah dan selamat untuk semua…

Usikan nakal menjadi rutin, namun segalanya bagai angin lalu yang Cuma berhembus lelah menyapa cuping telinga. Senyum tawar mampu ku ukir sebagai jawapan… (entahlah, bila masanya waktu itu, aku sendiri tiada jawapan… pintu hatiku masih tertutup meski doa sering ku panjat, namun bagai ada sesuatu yang menghalang secebis ingatanku…)
Menjadi pendidik rutin harianku kini.. terus ku jalani penuh sabar dan kental jiwa.

Ya Allah… dalam sunyi jiwa yang panjang, aku terus merangkum doa dalam diam. Langit terus merahsiakan sebuah kudus rindu dan hati terus menjerit mencari ruang jihad syahdu. Dengan kekuatan doa, mana mungkin bisaku luputkan segalanya.. tetap segar dan utuh meski ombak ganas waktu telah berulang kali menelan layar ingatanku.

Menyoroti detik waktu, kadang-kadang kita tidak mampu untuk memenuhi dan memuaskan semua pihak… namun aku yakin, setiap apa yang kita kehendaki pasti bertentangan apa yang di perolehi maka aku percaya dengan kata-kata “Allah tidak memberikan apa yang kita mahu tapi apa yang kita perlu”

Ummi, kadang2 naqiah bersedih bukan kerna naqiah berkecil hati pada ummi, tapi naqiah Cuma memohon sekelumit pengertian apa yang naqiah perlu dalam hidup n bukan yang naqiah mahu. Itu sahaja ummi.. kadang2 bisikan syaitan terus menghasut hati agar aku mengambil jalan singkat agar dapat apa yang aku inginkan namun.. berbekalkan iman yang senipis kulit bawang ku kuatkan hati agar terus bersabar.. kerna PASTI ada hikmah meski cepat atau lambat… Astghfirullah al azim.

Selepas ini, entah bila lagi agaknya bakal ku susuli langkah bait-bait madah kata seterusnya. Mungkin ini yang terakhir ??? siapa kita untuk menduga rahsia Allah, bila ketetapan ajal… Mungkin daun namaku kini sedang beralun, bergoyang rapuh menunggu saat untuk gugur lalu kering di tanah bumi Allah. Mati itu PASTI. bila-bila saja Allah akan menghantar surat jemputan buat kita.

Moga esok bulan bercahaya emas menyinar hidup yang kelam. Allah mengatur langkah penuh rahsia. Langit sentiasa berkawan. Bulan menyapa bintang, angin menegur awan, matahari sesekali member. peluang hujan yang merindui bumi.

Ya Allah, maafkan aku sekiranya hati ini terlalu buta dan tidak mensyukuri nikmatMU. Terima kasih Tuhan kerana mengajar aku mengenal warna mendung dan cerah di langit hidupku!!!!!!.

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....