topbella

Monday, July 25, 2011

Mencari Diri

Desah nafas yang beralun.. menyimpan dan membuang segala lahar beban liku-liku hidup yang ku susuri…. Ku fahami makna hidup yang sering di suarakan bahawa tiada yang mudah di dunia ini. Itu hakikat yang perlu ku hadam…. Dalam kesenangan pasti ada uji dan coba menanti, dalam kepayahan, kesabaran menanti untuk dijaga agar terhindar dari marak ketidakwarasan fikiran. Astaghfirullah al azim…. Teguhkan hati dalam sabarku.

Ku susuri denai-denai hari, dengan penuh kental jiwa meski kekadang tersadung dek kerapuhan iman mendepani dugaan hidup. Lagi, keluhan berat ku hempas. Terus berpijak di bumi nyata, mencari makna hidup, mencari titik noktah pencarian langkah diri.

Kadang kurasakan hayunan perjalanan ini, melangkah dengan seribu kekeliruan yang dicipta sendiri dengan halusinansi yang tiada logika. Entah, sampai bila diri kerdil ini mampu menghadam segala hakikat-hakikat hidup yang telah berlalu…. Semua ku hentikan dengan penuh persoalan meski jawapan telah terpampang di depan mata. Mengapa aku sukar untuk menerima segala yang menerjah hidup ini.

Kini, fikiranku terus dihantui jalan buntu. Kosong sekosongnya. Ada debar dalam hati, ada tanda Tanya dalam minda, ada seribu pertanyaan menghambat ruang fikir. Tetapi entah… itu pertanyaan apa, tentang apa dan apa pula jawapannya. Angin terus berhembus senyap, awan berarak bersama mendung kelam hari seakan mengerti dan terus menyimpan rahsia hidup yang menyeramkan siratan hidup. Wajah terus ku hadapkan ke dada langit mohon pengertian alam akan hasrat hidup ini.

Kadang esak tangis dulu pernah ku curahkan, menjadi penguat keyakinanku untuk meneruskan pelayaran hidup, namun kadang rembes sedu itu menjadi kunci kelemahan diri. Cuba ku tahankan, namun kelemahan ku terus digugat. Ya Allah, jauhilah aku dari amukan hati yang kian terus menerus merantai bingkis hidup ini… Doa ku panjatkan mohon secebit kekuatan dari Ke Mahaan-Mu Ya Rabb….
…………………………………………………………………

Aku terus beristikarah……………
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbihku ini,
Menerka hati yang tersembunyi berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut namamu terukir merdu, tertulis dalam sejadah cinta,
tetapkan pilihan sebagai teman,
kekal abadi hingga akhir zaman.
Istikarah cinta memanggilku memohon petunjuk-Mu.
Dipenantian luahan rasa teguhkan SATU pilihan,

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....