Kerana CintaNya
aku masih gagah berdiri
di sini walau hakikatnya
sendi ini telah lama goyah
dan...
rindu itu masih di sini,
walau di cari ia tetap di sini,
pada segumpal hati ini.
hanya dengan mengingatiNya sahaja,
rindu itu menjadi sempurna...
diri ini mencari lagi sejuta redha dariMu,
apakah diri ini masih diterima untuk mengecap nikmatMu
puas dijelajahi seluruh malam menghayati kerinduan itu dan diri ini jatuh tersungkur lagi,
lemah dan alpa dalam penghayatan itu...
Tiada langsung sekelumit rasa insaf,
dan diri ini semakin pasrah,
adakah rindu itu untukku,
atau aku hanya mengharapkan rindu dariMu,
sedang diri ini ini masih begini,
semakin alpa dan terus alpa.
Dalam penghayatan itu,
diri ini seolah-olah ingin lari,
mencari sebuah cinta yang kian hari kian pudar,
mencari sebuah redha,
sebuah rindu dan sebuah cinta hanya dariMu.
Hanya Engkau lah yang memberi petunjuk dan hidayah,
dan kepadaMu lah diri ini diserahkan.
Walau semakin meningkat waktu,
aku masih mahu di sisi, sentiasa di sisi, mengejar redhaMu, mencari
sekelumit sinar untuk menyinari kehidupanku yang kian kelam.
"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas
lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan
masuklah ke dalam syurgaKu." -Al Fajr : 27~30-
Tuesday, August 28, 2012
Monday, August 27, 2012
Merintis Jalan Fatamorgana
Tuhan betapa kerap aku melanggar perintah-Mu kerana ketidaksabaranku,
tetapi Kau tetap bersabar dengan sebesar-besar kesabaran-Mu. ya Allah ,
janganlah Kau seksa aku di akhirat kelak,tetapi kurniakanlah ampunan-Mu
padaku. ya Allah berilah hamba kekuatan menyusuri kesabaran Kekasih-Mu
Muhammad s.a.w agr dpt bdiri kukuh dlm pjuanganku.
Ku dambakan cinta MU,
Ku cari dan cari, Rupa-rupanya terlalu hampir,
Namun kabur, Dek kerana dosa diri ini…
Ya ALLAH, Diri ini pernah berjanji pada MU
Namun sering mungkiri janji itu,
Diri ini pernah menangis kerana mu,
Namun kemudian ketawa kembali.
Ya Allah, Diri ini lemah, Sering tertipu,
Pada nafsu yang menyelubungi diri.
Ya Allah, Kuatkan aku, Lembutkan hati ku,
Leraikan aku dari pautan nafsu.
Ku tagih cinta MU,
Walau ku tahu Sukar bagi ku mendapat cinta MU,
Namun ku harap keampunan dari MU. Ampuni aku dan rahmat diri ini.
Ku dambakan cinta MU,
Ku cari dan cari, Rupa-rupanya terlalu hampir,
Namun kabur, Dek kerana dosa diri ini…
Ya ALLAH, Diri ini pernah berjanji pada MU
Namun sering mungkiri janji itu,
Diri ini pernah menangis kerana mu,
Namun kemudian ketawa kembali.
Ya Allah, Diri ini lemah, Sering tertipu,
Pada nafsu yang menyelubungi diri.
Ya Allah, Kuatkan aku, Lembutkan hati ku,
Leraikan aku dari pautan nafsu.
Ku tagih cinta MU,
Walau ku tahu Sukar bagi ku mendapat cinta MU,
Namun ku harap keampunan dari MU. Ampuni aku dan rahmat diri ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)